BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuaca menjelang Aidilfitri diramal baik

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Cuaca diramal baik di seluruh negara semasa sambutan Aidilfitri yang dijangka diraikan oleh seluruh umat Islam pada Selasa ini.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia ketika dihubungi Bernama berkata, walaupun beberapa negeri di utara Semenanjung akan mengalami hujan, namun keadaan itu dijangka bertambah baik menjelang Isnin.

Beliau juga berkata, hujan sekejap-sekejap yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis serta ribut petir di Pahang dan Johor Timur, tidak akan menyebabkan berlakunya banjir.

"Hujan yang dialami di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dalam tempoh dua hingga tiga hari ini, bukanlah secara berterusan dan dijangkakan menjelang Isnin ini, akan bertambah baik.

"Sehubungan itu, tidak ada kemungkinan negeri-negeri tersebut dilanda banjir tetapi keadaan itu juga adalah bergantung pada kawasan-kawasan di negeri-negeri berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
 
seronok la korang..aku balik raya ke-4..cedihnya..
 
best...kalau cuaca elok...bergegarlah kg dgn dentuman meriam buluh.haha
 
Back
Top
Log in Register