BTC USD 84,448.2 Gold USD 4,130.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Copa América

3goals
Sergio Agüero


2 goals
Neymar
Alexandre Pato
Radamel Falcao
Felipe Caicedo
Paolo Guerrero
Álvaro Pereira


1 goal
Ángel di María
Edivaldo Rojas
Fred
Jádson
Esteban Paredes
Alexis Sánchez
Arturo Vidal
Adrián Ramos
Joel Campbell
Josué Martínez
Néstor Araujo
Antolín Alcaraz
Lucas Barrios
Nelson Haedo Valdez
Christian Riveros
Roque Santa Cruz
Luis Suárez
Nicolás Fedor
César González
Grenddy Perozo
Salomón Rondón


Own goals
André Carrillo (for Chile)
 
Rentak samba memukau

CORDOBA, Argentina - Alexandre Pato dan Neymar masing-masing meledak dua gol bagi membantu kemenangan 4-2 Brazil ke atas Ecuador pada aksi peringkat Kumpulan B kempen Copa America 2011 awal pagi semalam.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Brazil muncul selaku juara Kumpulan B biarpun berkongsi lima mata dengan pasukan di tangga kedua, Venezuela.

Namun Brazil lebih layak bergelar juara kumpulan berdasarkan kelebihan jaringan berbanding Venezuela.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Mario Alberto Kempes itu, Brazil terlebih dahulu di depan hasil jaringan yang dilakukan Pato pada minit ke-28 sebelum Felipe Caicedo menyamakan kedudukan buat Ecuador berselang lapan minit kemudian.

Neymar yang kini dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea dari Santos, kembali meletakkan Brazil di depan menerusi jaringannya pada minit ke-48 sebe- lum Caicedo sekali mengikat kedudukan, 10 minit kemudian.

Bagaimanapun, rentak samba semakin sukar dibendung apabila Pato dan Neymar menjadi watak penting di sebalik kemenangan Brazil apabila masing-masing menambah satu lagi gol pada minit ke-61 dan (71).

"Ia merupakan satu perlawanan yang kami nantikan. Ia seolah-olah aksi final buat kami kerana kami tidak mempunyai pilihan selain mencatatkan keme- nangan untuk mara ke peringkat suku akhir.

"Mujur kami berjaya melakukannya dan mara ke peringkat suku akhir selaku juara kumpulan. Memang itu yang kami mahu- kan," kata Pato.

Pada peringkat suku akhir, Brazil bakal berdepan cabaran Paraguay yang layak sebagai dua pasukan tangga ketiga terbaik daripada Kumpulan B selepas mengumpul tiga mata. - AP
 
Semangat Messi masih belum luntur

BUENOS AIRES, Argentina - Meskipun dikritik hebat, tonggak Argentina, Lionel Messi tetap bersemangat untuk terus memberi sumbangan kepada skuad kebangsaannya.

Sebelum ini, bintang Barcelona itu dikritik hebat ekoran prestasi hambarnya dalam dua perlawanan awal peringkat Kumpulan A kempen Copa America 2011. Argentina sekadar mencatat dua keputusan seri sebelum berjaya menewaskan Costa Rica pada perlawanan terakhir Kumpulan A, sekali gus mengesahkan slot ke peringkat suku akhir.

Pada aksi menentang Costa Rica itu, Messi dilihat kembali pada tahap prestasi sebenarnya apabila memainkan watak utama terhadap dua gol yang dijaringkan oleh rakan sepasukannya. "Biarpun mereka mengkritik saya tetapi saya sentiasa dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan. "Kritikan daripada peminat memang diakui telah mengganggu tumpuan saya dan juga pemain-pemain lain, namun kami sedar bahawa kami telah melakukan kesilapan. "Tidak ada siapa pun yang mahu dikritik tetapi ia berlaku apabila pasukan itu tidak beraksi dengan baik," kata Messi. Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina (AFP), Julio Grondona menuntut Messi agar menutup mulut pengkritik-pengkritik dengan persembahan terbaiknya sama seperti ketika dia beraksi dengan Barcelona. - AP
 
Back
Top
Log in Register