BTC USD 80,976.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Copa América

Argentina tempah laluan sukar

SANTA FE, Argentina – Impian tuan rumah, Argentina untuk menempah slot ke suku akhir pada kempen Copa Amerika 2011 dilihat semakin sukar.

Meskipun dibarisi ramai pemain terbaik dunia, skuad bimbingan Sergio Batista itu masih gagal mencatat kemenangan selepas mengharungi dua perlawanan dalam saingan Kumpulan A.

Selepas seri 1-1 dengan Bolivia di pertemuan pertama pada Jumaat lalu, Argentina sekali lagi gagal mengutip tiga mata penuh apabila seri tanpa jaringan menentang Colombia pagi semalam.

Ketika ini, Colombia mengemudi kedudukan teratas dalam Kumpulan A dengan empat mata, dua mata di depan Argentina.

Jentera serangan yang dikemudi Lionel Messi dan Carlos Tevez masih gagal untuk memberi impak yang besar, sekali gus menggembirakan para peminat Colombia di Santa Fe.

“Mereka (Colombia) adalah lawan yang sukar, mereka tahu bagaimana mahu merantai pergerakan kami,” kata Tevez.

Sementara itu, Batista yang kecewa dengan keputusan itu berkata: “Segalanya serba tak menjadi buat kami ketika ini.”

Begitupun, Batista yang menggantikan Diego Maradona selepas kempen Piala Dunia 2010 berkata, beliau tidak akan membuat rombakan besar-besaran untuk aksi terakhir kumpulan menentang Costa Rica kerana dia masih menaruh kepercayaan pada barisan pemain sedia ada.

“Kami masih ada satu perla- wanan menentang Costa Rica dan sekiranya kami menang, kami akan memperoleh lima mata, sekali gus mara ke suku akhir. Kami perlu tenang.”

Dalam masa yang sama, Batista mengakui beliau sedar mengenai kekecewaan yang dirasakan para peminat Argentina selepas pasukan itu beraksi hambar pada awal kempen kali ini.

Sementara itu, rakan sejawatan Batista di Colombia, Hernan Dario Gomez berkata, beliau yakin skuad kendaliannya semakin menampilkan kecemerlangan dan mampu menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2014 dengan baik. – AFP
 
Brazil congak strategi baharu

BUENOS AIRES, Argentina - Brazil berkemungkinan tidak akan menurunkan dua tonggak utamanya, Robinho dan Ramires pada pertemuan menentang Paraguay dalam saingan Kumpulan B kempen Copa America 2011 esok.

Ini kerana, jurulatih Brazil, Mano Menezes mahu melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utamanya.

Ia rentetan daripada keputusan seri tanpa jaringan yang dicatatkan anak-anak buahnya pada aksi sulung menentang Venezuela, Ahad lalu.

"Bagi mendapatkan sedikit kelainan dalam corak permainan kami, saya hanya akan mengumumkan kesebelasan utama yang akan diturunkan sebelum bermulanya perlawanan.

"Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, selepas dua minggu kejo- hanan berlangsung, saya mahu mencari kelainan bagi menyaksikan pasu- kan tampil dengan corak permainan berbeza," kata Menezes.

Menurutnya, beliau mungkin akan mempertaruhkan kepercayaan terhadap tonggak veteran yang beraksi pada kempen Piala Dunia 2010, Elano bagi menggantikan Ramires yang sebelum ini mengemudi jentera tengah.

Malah Menezes juga kini sedang dalam perancangan untuk mencuba bintang muda, Lucas bagi mengambil alih tempat Robinho di bahagian serangan.

"Beraksi bersama skuad kebangsaan, saya mengharapkan pemain- pemain semua dapat mempamerkan peningkatan dari semasa ke semasa secara berpasukan.

"Sekiranya sekadar mahu menunjukkan kebolehan individu masing- masing, ia hanya akan mengundang kesukaran buat kami," jelas Menezes.

Setakat ini, keempat-empat pasukan dalam Kumpulan B masih gagal merekodkan sebarang jaringan selepas Paraguay turut mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Ecuador pada aksi sulung mereka Ahad lalu. - Reuters
 
Alexis Sanchez selamatkan Chile

MENDOZA, Argentina - Alexis Sanchez muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan bagi membantu Chile mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Uruguay pada aksi peringkat Kumpulan C kempen Copa America 2011 awal pagi semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Mundialista Mendoza itu, penyerang berusia 22 tahun itu meledak gol penyamaan pada minit ke-64.

Terdahulu, Alvaro Pereira meletakkan Uruguay di depan apabila membuka tirai ja- ringan pada minit ke-53.

Dengan keputusan tersebut, Chile kini berada di kedudukan teratas Kumpulan C biarpun berkongsi empat mata dengan Peru.

Namun Chile mendahului kedudukan dengan kelebihan jaringan.

Uruguay pula di tangga ketiga dengan me- ngumpul dua mata, manakala Mexico tercorot tanpa sebarang mata.

Situasi itu sekali gus menyaksikan saingan dalam Kumpulan C bagi merebut dua slot ke pusingan kedua kini masih lagi terbuka di antara Chile, Peru dan Uruguay.

Pada aksi terakhir peringkat kumpulan nanti, Chile bakal berdepan Peru, manakala Uruguay pula turun menentang Mexico.

"Setiap pasukan dalam kumpulan ini berpeluang untuk mara ke pusingan kedua. Masing-masing memiliki kualiti serta kemampuan yang tersendiri," kata jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez.

Sementara itu, dalam satu lagi pertemuan Kumpulan C, Peru tampil cemerlang apabila berjaya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Mexico awal pagi semalam. - AP
 
54' Brazil [1 - 0] Paraguay
33' Jadson
39' [1 - 0] Jadson
45' L. Barrios
52' A. Pato
 
58' Brazil [1 - 1] Paraguay
33' Jadson
39' [1 - 0] Jadson
45' L. Barrios
52' A. Pato
55' [1 - 1] R.S. Cruz
 
79' Brazil [1 - 2] Paraguay
33' Jadson
39' [1 - 0] Jadson
45' L. Barrios
52' A. Pato
55' [1 - 1] R.S. Cruz
59' L. Leiva
67' [1 - 2] N.H. Valdez
 
Back
Top
Log in Register