BTC USD 82,027.3 Gold USD 4,146.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Comfort Zone yang selesa

Hidier

Legendary Member
gem
Messages
11,681
Joined
Feb 6, 2010
Messages
11,681
Reaction score
905
Points
161
Salam..

lagi satu artikel dari blog lama aku..
Happy reading.. :D

(kalau tak blog, ada la kolor2 kat tulisan..
tapi kat sini maleh plk nak buat..baca jek la itam putih..hehe)

:)cgrock:)cgrock

--------------------------------------

Comfort Zone yang selesa

Assalamualaikum.

zonselesa.jpg


Dalam posting sebelum ni, kita bersembang tentang kewangan dan insuran. Apa kata dalam posting hari ini, kita bercerita pula pasal Zon Selesa atau dalam bahasa Londonnya Comfort Zone. Namun saya rasa,masih ada kaitan dengan kewangan dan insuran. Kan?

Kita ingin berjaya. Setiap orang ingin berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Tapi sejauh manakah kita berusaha ke arah kejayaan tersebut? Adakah kita masih selesa berada di dalam “Comfort Zone” kita?

Zon selesa bagi seseorang mungkin berbeza seseorang yang lain. Cubalah keluar dari Zon Selesa kita untuk meraih kejayaan. Terperuk di zon selesa tidak akan mendatangkan hasil..

Bagi peminat intenet, jika kita selesa berchatting kosong tanpa faedah dari pagi sampai ke malam, apa kata kita kurangkan aktiviti tersebut. Masa yang dihabiskan dengan chatting kosong, kita boleh gunakan untuk pelajari selok-belok perniagaan intenet. Mungkin?

watchingtv.jpg


Jika kita selesa menonton TV dari pukul 8 sehingga pukul 12 tengah malam, mungkin kita boleh ambil 2 jam dari masa tersebut untuk membaca buku motivasi agar kita lebih bersemangat untuk melakukan kerja kita pada esok nya?

Mungkin berkumpul bersama kawan-kawan sehingga lewat pagi adalah comfort zone bagi sesetengah yang lain. Buatlah perkara-perkara yang berfaedah ketika berkumpul begitu. Mungkin boleh bersama-sama merancang untuk menjalankan perniagaan?

Bagi sesetengah orang yang menjalankan perniagaan, MLM, agen unit trust, agen insuran, perlu keluar dari rumah untuk berjumpa dengan orang – pelanggan atau potensi pelanggan.

Namun, berada di dalam rumah sambil menonton TV adalah lebih selesa daripada keluar berjumpa dengan pelanggan atau bakal pelanggan. Berada di rumah berehat di atas sofa yang empuk adalah selesa berbanding keluar mengiklankan product kita atau menyebarkan flyers agar orang lain tahu apakah perniagaan yang kita lakukan.

Terlalu banyak comfort zone bagi kita. Kadangkala, pengorbanan perlu dilakukan untuk kejayaan. Apa lagi ye comfort zone yang ada? Jom kita berkongsi pendapat tentang zon selesa ini.


:)cgrock
:)cgrock
 
ade tilam ade bantal..fuhhhh..
 
no pain no gain.

tak ada usaha mana ada hasil.

jangan tunggu durian runtuh..

berusahalah demi masa depan..

everyone is heading forward, if you sit back.. you will leg behind..
 
mmg la komfort
ada beanbags
ada couch itali hehe

tv besar lg pehh
mmg nak berjaya tp esoklah heheh
 
no pain no gain.

tak ada usaha mana ada hasil.

jangan tunggu durian runtuh..

berusahalah demi masa depan..

everyone is heading forward, if you sit back.. you will leg behind..

betul betul betul..

setuju :)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register