balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Kota Bharu: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan merampas coklat dipercayai mengandungi DNA **** (Porcine) bernilai RM49,374.70, dalam operasi di seluruh Kelantan.
Timbalan Pengarahnya, Ab Ghani Harun, berkata rampasan itu membabitkan 15 kes di pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka di negeri ini mengikut Akta Perihal Dagangan (APD) 2011.
Segera tarik balik produk coklat
Beliau berkata, pihaknya menjalankan operasi terhadap semua kedai yang menjual dua produk coklat iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Roast Almond selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggantung serta-merta sijil pengesahan halal kedua produk itu.
Ab Ghani berkata, pihaknya meminta pihak pengurusan pasar raya atau kedai supaya lebih peka dan menarik balik segera kedua produk berkenaan daripada jualan.
Katanya, setakat operasi dijalankan, pihaknya mendapati kedua produk itu tidak lagi dijual.