BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Co-opbank Pertama (CBP) - cbp.com.my

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836

CBP buka semula tawaran syer kepada orang ramai mulai 1 Jan 2023​

Bernama
Disember 29, 2022 08:15 MYT

CBP buka semula tawaran syer kepada orang ramai mulai 1 Jan 2023


Pembukaan semula syer ini juga dapat menggalakkan orang ramai membuka dan meletakkan wang dalam akaun deposit CBP, seterusnya akan meningkatkan baki deposit CBP.


KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) membuka semula tawaran untuk orang ramai yang ingin melanggan syer institusi perbankan itu mulai 1 Jan, 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata pembukaan semula itu dilakukan pihaknya di semua cawangan CBP dan langkah tersebut diyakini dapat membantu meningkatkan bilangan anggota serta modal syer anggota CBP untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Beliau berkata pembukaan semula tawaran syer itu terbuka kepada anggota baharu dan sedia ada dengan jumlah baki maksimum sehingga RM5 juta bagi individu dan bagi gerakan koperasi pula adalah sehingga 20 peratus daripada baki semasa modal syer CBP.

"Pembukaan semula syer ini juga dapat menggalakkan orang ramai membuka dan meletakkan wang dalam akaun deposit CBP, seterusnya akan meningkatkan baki deposit CBP.

"CBP telah menunjukkan prestasi yang cemerlang kebelakangan ini dan menawarkan kadar dividen yang kompetitif setanding dengan institusi perbankan lain.

"Sebagai rekod, CBP mencatatkan keuntungan sebanyak RM86 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021 dengan agihan dividen sebanyak 6.1 peratus," katanya.

Menerusi pembukaan semula ini, bank tersebut berharap orang ramai dapat menjadi anggota CBP dan seterusnya menikmati pulangan dividen yang baik.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hadir di 29 cawangan CBP di seluruh negara atau hubungi 1-300-88-7650.
-- BERNAMA

ASTRO AWANI
 
Coopbank Pertama umum dividen tahun 2024 sebanyak 6.5%, dah byr zakat dah
Sumber :
 
Back
Top
Log in Register