-XP version- sebb kalau guna vista atau 7 ni leceh sikit..tapi terpulang la pada korang...
caranya agak memenatkan jari jemari kita sikit
so untuk melajukan line CWB ni..
yg pertama korang kena ada IDM,File yang boleh di resumable oleh IDM secara automatik..[mcm video dari youtube yang korang boleh donlot guna IDM]....dan juga broadband...
kedua..korang buka perisian untuk buka modem bb korang tu...modem bb aku guna CSL 3.5G connect....jangan sambung internet guna perisian tu..biar je dia scan jenis sambungan yang korang gunakan....
yang ketiga masa korang nak sambung internet tu..buka network connection..dan right click pada Celcom Malaysia 3g dan pilih properties..kat tab general korang tick 'show icon notification area when connected'
keempat...korang sambung internet guna Celcom Malaysia 3g kat network connection tu...
bila dah sambung..korang download lah apa apa file yang boleh 'direct resume' tanpa perlu 'refresh download adress'..[seperti yang aku cakap tadi la..paling sesuai download video kat youtube guna keepvid or apa apa ajelah yang korang rasa sesuai...pastikan video tu agak besar sikit saiznya...]
so bila korang dah berjaya download file tu guna IDM...korang lihat lah kelajuan connection korang tu...kalau drop...sila dissconnect internet korang tu....dan biar IDM reconnect ke internet.....kemudian klik pada icon Celcom malaysia 3g di taskbar...lihat pada duration tu....korang kena pastikan 'transfer rate'
di IDM berada pada 100 KB/sec lebih dari 56 saat[lihat pada 'duration' pada celcom Malaysia 3g status tu sekali ye]..kalau lepas/sebelum 56 saat kelajuan internet drop kepada 3-4 KB/sec...sila disconnect internet korang...
ataupun...lihat received pada ruangan 'Activity' celcom Malaysia 3g status...kalau kelajuan yang ditunjukkan pada IDM tidak drop kepada 3-4 KB/sec selepas 'received' menunjukkan angka 7,000,000 bytes [lbh kurang 6mb data yang telah dimuat turun oleh IDM].. bermakna korang dah berjaya melajukan sikit internet korang tu...kalau betul betul menjadi kelajuan minima yang korang boleh dapat menggunakan IDM adalah pada kadar 60 KB/sec...dan maksima kelajuan yang korang boleh dapat adalah 215 KB/sec.
faktor lain yang perlu diambil perhatian juga adalah IP adress yang korang dapat selepas korang membuat sambungan ke internet..untuk cek ip korang..sila klik pada 'RUN' dan taip cmd..nnt keluar paparan warna hitam..so kat situ taip 'ipconfig' [abaikan ''] dan tekan enter...di situ korang boleh tengok ip semasa korang..so...bagi aku..ip yang agak laju adalah ip yang bernombor mcm ni 10.144.XX.XXX ataupun 10.144.X.XX ataupun 10.144.XXX.XX...kalau korang dapat no ip mcm ni 10.146._________ biasanya kelajuan internet korang tak berapa laju...ataupun mmg slow giler...terpulang la pada nasib korang..sebab kadang2 tak tentu juga..aku cuma bgitau melalui pandangan aku la...
so kalau dah cuba dan kelajuan internet masih lagi slow..sila la rajin disconnect internet korang dan biarkan IDM reconnect sendiri....
kalau nasib baik dua tiga kali boleh berjaya..kalau nasib tak baik 50 kali pun belum tentu berjaya...tapi kalau berjaya tu..memang syok sebab kelajuan internet berbaloi untuk kita surf dan download file dari internet..
korang boleh pause IDM dan surf la internet....kalau nak download file lain pon boleh...so bila line drop..korang resume la balik file yang di'pause'kan tadi untuk 'proses melajukan' line internet korang tu balik..
kita guna fail yang boleh 'direct resume' tu cuma umpan je..sebab IDM ni bila dia reconnect ke internet..dia akan 'boost' kelajuan tu sikit..so kalau lepas reconnect line masih lagi pa kadar 9-15 KB/sec...baik korang discconnect lagi line internet korang tu...kalau mula mula dah dapat 100 KB/sec..korang boleh tunggu '56 saat' ataupun '7 million bytes' tu...
walaupun aku dah ada P1 yang laju tahap gaban...aku masih perlukan celcom weekly broadband untuk download file2 bersaiz lebih dari 1GB.....sebab kalau guna p1..aku sayangkan quota tu takut cepat habis...aku guna p1 hanya untuk surf internet, main game online,dan download file kurang dari 400mb...
so bagi aku..aku berjaya melajukan internet dengan cara ni...so kalau ada yang mencuba dan tak jadi tu..aku tak tau la
*kejap tadi baru je habis download installer Cabalsea..saiz 1.568 GB...tak sampai setengah hari dah siap..tapi kena la banyak kali buat trik kat atas tu...
*pada yang tak paham pada trik yang aku tulis ni..aku mohon maaf..sebab aku memang tak pandai nak buat penerangan melalui penulisan..


kalau ada cara yang lebih baik jom la kita kongsikan di sini...cara aku ni memang agak penat sikit....