BTC USD 84,525.1 Gold USD 4,261.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Closed

mobile stokis..

selamat petang semua.. teringin nak minum susu kambing?? apakata dapatkan sekotak susu higoat drpd stokis atau pengedar yg berhampiran dgn anda..
 

Attachments

  • 54.2 KB Views: 46
Topeng Muka Susu Kambing HiGoat, Madu dan Putih Telur

Wajah yang kusam, hitam oleh kesan terdedah dari pancaran matahari kini boleh dihilangkan dengan "masker" buatan sendiri dari bahan-bahan yang ada di dapur anda. Rawatan sebegini sebenarnya dapat membantu masalah kulit wajah yang dihadapi.

Sebenarnya untuk mendapatkan kulit wajah yang segar, putih bersih dan tegang bukannya sesuatu yang sukar atau memerlukan kos yang tinggi. Anda boleh cuba membuat topeng muka (facial mask) dari susu kambing HiGoat, madu dan putih telur yang ternyata berkesan menghilangkan kesan hitam pancaran matahari, kulit mengelupas, menghilangkan kekotoran jeragat atau "black head" pada wajah, menegangkan kulit wajah dan memberikan kesegaran.

Bahan "Masker"

1 biji putih telur (ambil putih telur sahaja)

1/2 camca madu asli

1 peket (sachet) susu kambing HiGoat

Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut dan kacau sehingga rata.

Cuci wajah anda dengan air suam untuk menghilangkan kekotoran dan minyak serta membuka pori-pori kulit wajah.

Sapukan Campuran "Masker" di Wajah

Sapukan campuran "masker" tersebut pada wajah anda menggunakan berus dan elakkan menyapunya di kawasan mata. Biar sehingga 10 atau 15 minit sehingga lapisan tersebut kering sebelum dicuci dengan air sejuk untuk menutup semula pori-pori kulit wajah dan membersih.

Pasti selepas itu anda akan rasa kulit wajah anda menjadi tegang, bersih dan segar. Dan yang paling penting, ia dapat melembutkan kulit wajah anda.

Anda boleh lakukannya atau mengulanginya seminggu sekali untuk menghilangkan garis-garis halus kesan kedutan di wajah anda.

Selamat mencuba.


Tip: Ratu Cleopatra yang terkenal memiliki wajah dan kulit yang cantik menggunakan susu kambing dengan mengamalkan "mandi susu" untuk mendapatkan kulit yang cantik, gebu dan lembut.
 

Attachments

Mengurangkan Kesakitan Gout Tanpa Pengambilan Ubat-ubatan

Pengenalan

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

• Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

• Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

• Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

• Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

• Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.


Tanda Gout

• Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.

• Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

• Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

• Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

• Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

• Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

• Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Komplikasi

• Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’

• Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

• Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

o Kegemukan
o Darah tinggi
o Hiperlipidemia
o Diabetes


Rawatan

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.


Rawatan serangan akut

• Rehatkan sendi semasa serangan gout.

• Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.

Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

• Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

• Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

• Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.


Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
Mengelakkan minuman keras (Haram dalam Islam)
Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi


Pemakanan

Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:


ELAKKAN MAKAN

• Organ dalaman seperti hati, paruparu, ginjal dan otak
• Ikan bilis, kembung, sardin
• Daging cincang
• Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
• Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang


KURANGKAN MAKAN

• Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
• Peanuts, lentil, beans and peas
• Poultry
• Roti jagung dan bijirin


Pencegahan

• Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal

• Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubung kait dengan gout.

• Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.

• Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.

• Minum banyak air.


Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?

Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.


Adakah Gout Boleh Diwarisi?

• Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.

• Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.

• Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits Foundation Malaysia di www.afm.org.my


RAWATAN BERKESAN UNTUK ANDA TANPA MENGAMBIL UBAT-UBATAN

Bagaimana pengambilan susu kambing dapat membantu masalah gout anda.?

Kita mengetahui bahawa susu kambing adalah bersifat alkali manakala gout adalah penyakit yang disebabkan oleh terlalu banyak asid urik di dalam badan.


Dengan pengambilan susu kambing, asid yang terlalu banyak di dalam badan dapat dineutralkan atau paras asid dapat diturunkan. Asid yang berlebihan akan dikeluarkan secara semulajadi melalui perkumuhan samada melalui pembuangan air kecil atau air besar. Apabila asid urik di dalam badan berkurangan, simptom penyakit gout akan berkurangan dan insyaAllah dapat menyembuhkan penyakit gout anda.


Kami sarankan supaya anda yang mengalami masalah penyakit gout ini mengambil Susu Kambing HiGoat yang seratus peratus asli, mudah, ringkas dan sedap tanpa ada rasa dan bau hamis kambing, tanpa gula dan bahan pengawet. Teknologi yang digunakan dapat mengekalkan khasiat yang banyak terdapat dalam susu kambing. Susu kambing HiGoat terbukti berkesan membantu ramai penghidap penyakit gout dan penyakit-penyakit lain yang bersangkutan dengan lebihan asid di dalam badan yang memudharatkan.
 

Attachments

Syukur Alhamdulillah, REZEKI BARAQAH bersama HR. HR No. 1. Berniaga tanpa was-was. HALAL dan TOYYIB.
 

Attachments

Jutawan Pertama Selepas 10 Bulan Menyertai HR Marketing Sdn. Bhd.

Menyingkap rahsia kejayaan En. Omar bin Jaafar atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Omar Jaafar yang berasal dari Kampung Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Beliau merupakan usahawan berpangkat Diamond Director yang telah dianugerahkan gelaran "Jutawan Sulung HR" baru-baru ini. Tekadnya ingin membebaskan diri dari hutang yang membelenggui kehidupannya sekeluarga. Walaupun sebelum ini ada menjalankan perniagaan "multi-level" syarikat lain, namun beliau kurang berjaya kerana menghadapi masalah produk serta pelan pemasaran yang kurang jelas dan tidak menguntungkan. Pendapatan diperolehi yang tidak menentu, kos hidup yang kian meningkat, perbelanjaan yang pelbagai, meruncingkan kewangannya menyebabkan Ustaz Omar sekeluarga mengharungi zaman kesusahan. Rumahnya dilelong dan keretanya ditarik. Dugaan tersebut menjadikannya seorang yang cekal dan tidak cepat mengalah.

April 2009 merupakan detik yang bermakna buat dirinya, apabila menyertai HR Marketing setelah diperkenalkan oleh rakannya. Azamnya ingin menjalankan perniagaan jualan langsung dengan bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat merubah kehidupan keluarganya. Anaknya turut sama membantu dalam mendapatkan modal dalam memulakan perniagaan tersebut. Ustaz Omar berusaha menggiatkan usaha pemasarannya melalui pengiklanan, berjumpa dengan seberapa ramai yang berminat dalam jualan langsung dan mengedarkan "flyers".

Bagi Ustaz Omar, demi menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu perlu ada semangat yang kuat, tidak mudah mengalah dengan kritikan dalam menjalankan perniagaan. Beliau berpendapat, kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha dan strategi yang jelas. Moto hidupnya adalah, "Genggam Bara Api Biar Sampai Menjadi Arang".

3 resepi utama kejayaan yang dipegang oleh Ustaz Omar ialah, pertama, mulakan dengan kesedaran dan kemahuan diri yang bersungguh-sungguh. Kedua, tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mengadakan perjumpaan, cukup sekadar di kedai kopi, rumah, kaki lima jalan atau tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Ketiga, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam membuat keputusan dan tindakan. Dalam menjalankan perniagaan ini hubungan mesra antara pelanggan mestilah dititik beratkan.

Ternyata kini Ustaz Omar mampu menarik nafas lega kerana berjaya membebaskan diri dari belenggu hutang dan menikmati kehidupan yang selesa.

CA DD Ustaz Omar Jaafar

Sumber: Metro Ahad, 27 Februari 2011
 

Attachments

Jagalah kesihatan kerana ia adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Amalkan Sunnah kerana pada Sunnah Ada Keberkatannya. Salah satu Sunnah Rasulullah yang baik diamalkan oleh kita ialah meminum susu kambing. Susu kambing ini terbukti banyak manfaat kepada kesihatan dan tubuh badan.

Abu Bakr Ar Razi, ilmuan perubatan Islam kurun Ke-9 ada berpesan, "Berubatlah dengan makanan selagi boleh, sebelum berubat dengan ubat".
 

Attachments

BUMP untuk hari ni..sapa2 yg nak beli higoat..kopi spyhru..tablet susu kambing..boleh hubungi saya.... :)cgrock:)cgrock
 
salam dan selamat pagi.. sudahkah anda mulakan pagi anda dengan segelas susu kambing? jom hubungi saya utk dapatkan sekotak susu higoat.... mudah..cepat dan sihat...:)
 

Attachments

BUMP...pada sapa2 yang nak beli susu higoat..kopi spyhru..tablet susu kambing.. boleh hubungi saya..:)cgrock jom dapatkan segera di pasaran.....:)
 

Attachments

jom2...minum higoat menambahkan tenaga dalaman dan luaran serta meningkatkan kesihatan badan...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register