BTC USD 84,327.5 Gold USD 4,284.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Closed

mobile stokis....

selamat petang semua.. teringin nak minum susu kambing?? apakata dapatkan sekotak susu higoat drpd stokis atau pengedar yg berhampiran dgn anda...:)
 

Attachments

  • 203.9 KB Views: 39
Mengurangkan Kesakitan Gout Tanpa Pengambilan Ubat-ubatan Gout

Mengurangkan Kesakitan Gout Tanpa Pengambilan Ubat-ubatan
Gout

Pengenalan
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
• Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam
sendi.
• Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu
kala lagi.
• Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan
kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
• Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
• Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout

• Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
• Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
• Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
• Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu
menyeksakan.
• Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk
reda jika tidak dirawat.
• Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
• Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan
dan jari.

Komplikasi

• Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
• Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
• Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
o Kegemukan
o Darah tinggi
o Hiperlipidemia
o Diabetes

Rawatan

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Rawatan serangan akut

• Rehatkan sendi semasa serangan gout.
• Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika
digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
• Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia
boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh
diambil melalui preskripsi doktor)
• Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak
boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak
boleh diambil berpanjangan.
• Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal,
penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah
mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan par
as asid urik.�� Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan
badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
�� Mengelakkan minuman keras (Haram dalam Islam)
�� Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
�� Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:

ELAKKAN MAKAN

• Organ dalaman seperti hati, paruparu, ginjal dan otak
• Ikan bilis, kembung, sardin
• Daging cincang
• Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
• Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

KURANGKAN MAKAN

• Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
• Peanuts, lentil, beans and peas
• Poultry
• Roti jagung dan bijirin

Pencegahan

• Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
• Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang
berhubungkait dengan gout
• Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
• Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
• Minum banyak air

Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?

Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan
pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.

Adakah Gout Boleh Diwarisi?

• Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
• Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah
satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang
baik, ianya boleh dikawal.
• Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits
Foundation Malaysia di www.afm.org.my

RAWATAN BERKESAN UNTUK ANDA TANPA MENGAMBIL UBAT-UBATAN

Bagaimana pengambilan susu kambing dapat membantu masalah gout anda.? Kita mengetahui bahawa susu kambing adalah bersifat alkali manakala gout adalah penyakit yang disebabkan oleh terlalu banyak asid urik di dalam badan.

Dengan pengambilan susu kambing, asid yang terlalu banyak di dalam badan dapat dineutralkan dan asid yang berlebihan akan dikeluarkan secara semulajadi melalui perkumuhan samada melalui pembuangan air kecil atau air besar. Apabila asid urik di dalam badan berkurangan, simptom penyakit gout akan berkurangan dan insyaAllah dapat menyembuhkan penyakit gout anda.

Kami sarankan supaya anda yang mengalami masalah gout ini mengambil susu kambing HiGoat yang mudah, ringkas dan sedap tanpa ada rasa dan bau hamis, tanpa gula dan bahan pengawet. Ia terbukti berkesan membantu ramai pengidap penyakit gout dan penyakit-penyakit lain yang bersangkutan dengan lebihan asid di dalam badan yang memudharatkan.
 

Attachments

Kepakaran yang unggul bersama HR

Keseluruhan produk HR mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bahan utama yang digunakan dalam setiap produk HR adalah daripada susu kambing segar yang diperolehi daripada ladang ternakan yang berkonsepkan mesra alam dan dijamin bebas daripada bahan kimia berbahaya dan tiruan. Ia telah diuji dan terbukti kehebatannya dan boleh digunakan oleh segenap lapisan masyarakat.

Selain daripada memiliki kepakaran teknologi tersendiri,HR marketing juga telah bergabung kepakaran dengan S.A Laboratories Lustrel Perancis dan telah berjaya menghasilkan formulasi Pil Susu Kambing yang pertama di dunia. Formula menghasilkan produk-produk HR juga telah diiktiraf keunggulannya oleh Makmal Kosmetik Antarabangsa Perancis serta mendapat nasihat daripada pakar penyelidikan Advanced Oleochemical Technology Centre (AOTC) dan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) bagi memastikan produk HR sentisa berada di dalam standard kawalan kualiti yang ditetapkan serta selamat digunakan.

HR Marketing pastinya menitikberatkan penghasilan produk-produk yang bermutu tinggi dengan kepakaran teknologi yang mantap untuk menjadikan portfolio produk yang lengkap dan pelbagai iaitu Bersih, Suci dan Halal.

Penubuhan HR Marketing Sdn. Bhd. direalisasikan hasil perbincangan pertama di antara Ahli Lembaga Pengarah Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. dan institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pada bulan Oktober 1998 untuk menghasilkan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing.

Seterusnya, pada 26 november 1998, majlis menandatangani perjanjian pengeluaran produk di antara institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan HR Marketing Sdn. Bhd. telah diadakan di ibu pejabat PORIM di Bangi, Selangor Darul Ehsan. Pada hari tersebut termeterailah perjanjian di mana formula yang dirumuskan oleh Kumpulan HR bagi memproses dan menghasilkan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing akan dibantu dan dijayakan oleh pakar dan penasihat dari PORIM. Majlis perjanjian tersebut juga menyaksikan kedua-dua pihak telah sebualat suara untuk bekerjasama menghasil dan memasarkan sebelas(11) jenis barangan kesihatan berasaskan susu kambing.

Pada 28 november 1998, majlis pelancaran barangan kosmetik pertama iaitu sabun susu kambing HR telah diadakan di pejabat operasi di no 44 jalan pegawai, alor setar,kedah darul aman. Antara produk yang telah dihasilkan dan dipasarkan bermula bulanmac 1999 iaitu pencuci muka (skin freshener), krim pemutih muka pelindung UV matahari (skin whitening cream with UV Protection) dan jel pembakar lemak (slimming gel) yang kesemuanya berasaskan susu kambing sebagai bahan utama. Produk yang ternyata bakal menjadi sejarah dan menciptanama bagi barangan buatan Malaysia adalah krim pelembab muka (moisturiser) yang diperkaya juga dengan vitamin E di mana formula ini, iaitu kombinasi bersama rumusan susu kambing dan vitamin E adalah yang pertama seakannya di dunia.
 

Attachments

stokis higoat

:)cgrock KEPADA WARGA CG YANG BERMINAT NK JADI STOKIS BOLEH HUBUNGI SAYA DGN SEGERA...:)cgrock
 
salam pagi jumaat...semoga sihat dan ceria.. mari kita minum segelas susu kambing.. lazat ..berkhasiat... susu higoat.. mudah..cepat dan sihat...
 

Attachments

SpyHRu Cafe HR adalah minuman kesihatan ideal

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan bahawa Spirulina adalah makanan ideal untuk manusia manakala WHO mengumumkan Spirulina adalah makanan yang selamat untuk diamalkan dan kaya dengan nutrisi serta baik untuk kanak-kanak.

Pakar dari seluruh dunia telah menjalankan penyelidikan lebih 40 tahun dan membuat kesimpulan ba......hawa Spirulina mempunyai faedah seperti berikut:

- Meningkatkan sistem imun.
- Mengurangkan kolestrol dan lemak.
- Baik untuk sistem penghadaman.
- Membantu proses pembuangan toksin.
- Anti-oksidan dan mengurangkan risiko kanser.

SpyHRu Cafe HR adalah minuman kesihatan ideal rumusan istimewa kombinasi susu kambing dan Spirulina yang baik untuk kesihatan yang berpanjangan. Ianya mengandungi 25 mineral, vitamin A, B, E, dan H, Beta Carotena, Asid Folik dan nutrisi lain yang menjadikannya unik dan tiada tandingan. Gabungan anugerah alam antara Susu Kambing Asli, Spirulina, kopi serta koko berkualiti menjadikan SpyHRu Cafe keluaran HR sebagai minuman ideal untuk menjana kesihatan dan kebahagiaan.

stokis berdaftar - hairie 012.2985058

jom minum kopi spyhru...kaw2 punyer...:D
 
stokis higoat

selamat petang semua.. teringin nak minum susu kambing?? apakata dapatkan sekotak susu higoat drpd stokis atau pengedar yg berhampiran dgn anda..:)cgrock
 

Attachments

Mitos Minum Susu Kambing, Makan Daging Kambing Penyebab Darah Tinggi

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar "terapi kambing".

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

o Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).

o Kolestrol daging lembu dan ayam.

o Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.

o Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.

o Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.

o Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.

o Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.

o Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.


Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar).

Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. kerana hanya kambing yang mempunyai kolesterol tetapi kolesterolnya adalah kolesterol pengurai.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. uraikanlah kolesterol itu dengan kolesterol kambing.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger.

Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.


Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh.


Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.


Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah berkaitan dengan kawasan Thalamus. Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing dan minum susu kambing, akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.


Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)

Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal, Kelenjar Pitutary, Hati, Hempedu, Pankreas, Kelenjar Adrenal serta hormon pembiakkan ovari dan testis.

Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan matap atau disebut emotional quotient EQ.

Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insyaAllah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.


Antibiotik Semulajadi

Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini.

Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.

Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.


Pengaruh Karektor

Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.

Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ.

Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga.

Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai.

Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu.

**** pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.

Wallahualam.
 

Attachments

BUMP untuk malam nih...jom hubungi saya utk mendapatkan susu higoat... mudah..cepat dan sihat....:)
 
Back
Top
Log in Register