Aku ada soklan noob.
Sila lihat contoh kes di bawah. Soklan berkait dengan kes tersebut.
Kes 1:
Si polan ada cash RM100,000. Dia split 2 jumlah tersebut dan deposit ke dalam akaun ASB dia dan spouse dia RM50,000 setiap akaun. Kemudian, setiap bulan si polan deposit RM1,000 ke setiap akaun tak pernah miss untuk selama 5 tahun.
Kes 2:
Si polan ada cash RM100,000. Dia deposit kesemua jumlah tersebut dalam akaun ASB dia. Kemudian, setiap bulan si polan deposit RM2,000 ke dalam akaun dia tak pernah miss untuk selama 5 tahun.
Note: Akaun ASB si polan dan isteri adalah isteri baru, jadi akaun mereka samada bermula dengan RM50,000 atau RM100,000 mengikut kedua-dua kes di atas.
Soalan:
Dari segi pemerolehan dividen, kes mana lebih menguntungkan?
Otak Aku: Kalau ikut pemikiran dan calculation mudah aku, kedua-kes akan beroleh dividen yg sama selepas digabungkan. Mungkin ada yang aku terlepas pandang. Mintak pandangan sahabat semua.
Pada aku..aku target 100k satu akaun..pas2 odkan 100k tu..dpt 95k..lepas 2..aku amek term loan asb max 200k pakai nama bini pulak..suplement bulan2 200k term loan asb tu datang dari 95k yg diodkan..lepas setahun dividen dari 200k tu dpt la lebeh kurang dlm 20k (andaikan 10%)..pas2 20k ni bleh buat another od tuk supplement the next coming year punya installment atau just topup ke akaun od yg asal...
selain dari tu..aku still pakai 95k tuk buat saving kat akaun yg diodkan tu.. :">
term loan asb tu ade interest kan? so, aku cuma buy time for 20 yrs max tenure pas2 lepas 3 tahun terminate agreement tu .. bayar la ape segala penalty pun..aku tak heran, pasal asb aku dah ade cash banyak yg b4 this aku tak penah mimpi nak ade savings cam gitu pun...
esshh..nampak cam tamak..tapi, memang aku tamak.. huhu 
ade lagi cara nak buat cash..sebabkan nilai od tu 95k..agak2 kalu bro beli umah lelong pas2 bleh dptkan free cash dari umah tu lagi..umah kasi sewa tuk supplement installment umah pas2 beli mrta tuk cover umah tu if anything happen to buyer..at least bila kita dah ditakdirkan pergi..umah tu akan dpt kat anakbini kita sume..hutang umah2 tu insuran yg bayarkan..huhu
ps; aku ni risk taker..korang tak bleh ikut kesesuaian diri aku ngan kesesuaian diri korang.. 
Berkait pula dengan ASBOD.
Adakah perlu kita menggunakan tool OD untuk memberanakkan simpanan ASB. Jika kita guna cara konvensional (menyimpan dalam ASB cara lama dengan menggunakan cash yang ada tanpa perlu OD) adakah kurang kadar keuntungan yang dapat?
Otak Aku: Cara lama lagi untung sebab keuntungan dividen diperolehi sepenuhnya 100% tanpa perlu nak tolak interest OD.
Ikut suka ati ko nak pusing ikut mane pun..tapi pada aku..hidup aku tak lame..dan anak2 aku sume membesar..aku perlukan cash on hand tuk supplement expenses2 anakbini aku sume..so, aku amek kesempatan berod tuk generate segala macam cash yg boleh..aku still prefer pakai od sebab aku tak perlu risau pasal kekeringan duit di tengah bulan..kalu simpan trus dari gaji ke asb..chances tersepit tu higher..then chances tuk korek balik asb saving tu pun higher...
and even..aku tak focus to OD dan ASB ajer..cam kat atas tadi tu..umah lelong is another easy money to get.. huhu 
ps; aku ni risk taker..korang tak bleh ikut kesesuaian diri aku ngan kesesuaian diri korang..
Apakah tujuan sebenar tool ASBOD ni. Adakah ia bertujuan nak membantu supaya kita jadi lebih berdisiplin dalam menguruskan duit kita, membantu kita make money with money dan menjadikan kita kedekut.
Otak aku: Aku masih berpegang kepada menyimpan cara lama lebih menguntungkan tanpa menggunakan facility OD. Facility ASBOD mungkin sesuai untuk sesetngah individu bukan boleh apply kat semua orang.
pada aku cara lama still boleh..sebab ko ikut kitaran pusingan jam..tapi tuk investor cam aku..aku tak ikut pusingan jam..aku pakai jam pun terbalik..hehehe.. so, aku cuma pakai OD tuk survivol kit sementara membuat lebeh banyak cash yang aku sempat buat.. huhu 
ps; aku ni risk taker..korang tak bleh ikut kesesuaian diri aku ngan kesesuaian diri korang..
Mintak tolong Mizie dan sahabat semua perjelaskan.
Aku dah baca thread oleh Awang kat forum sebelah, thread oleh Cikgu Ahmad kat CG dan BJ. Rasanya tak jumpa soklan kat atas tu. Mungkin terlepas pandang.