PTPTN ni bukan nyer kejam. Rasanyer kementerian dah edarkan mengenai masalah ni pada bulan Julai yang menyatakan jikalau penghutang ni gagal membayar hutang boleh diambil tindakan tatatertib sehingga boleh kena buang kerja. Ni nasib baik kena potong gaji, kalau kena buang kerja?
Pe2 pun boleh je runding dengan pihak PTPTN wpun ada sesetengah pegawai dorang yang kerek (build pernah jumpa di Kuching) yang tak boleh nak nego2. Kalau nak tukar plan baru ujrah tu kena bayar dulu 1/2 drpd hutang. Bukan nyer build penghutang tegar cuma tak konsisten je bayar. Mula2 rasa bengang sebab takde toleransi gitu. Last2 gi direct Putrajaya. Alhamdulillah urusan dipermudahkan.
Kalau sesapa yang terjumpa pegawai PTPTN yang tak boleh nak nego dan bunyi cam nak ugut2 tu build sarankan korang berjumpa dengan pegawai ni:
Cakap elok2 dengan dia InsyaAllah dipermudahkan. Bayar takat mana nak mampu untuk tukar plan ujrah tu. Boleh pakai CC kalau nak wat installment untuk bayar ke plan ujrah.
Hutang tetap hutang, tangungan tetap tanggungan. Jadi pepandai sendiri le nak uruskan kewangan dan jangan ikut nafsu.
PTPTN dah bagi banyak kali peluang dah... ajak berunding.. tak pernah nak ambik kisah... bila dah kena potong camni.. ada lak pulak masa nak berunding jerit bagai... tak kejam mana pun PTPTN.. yg kejam yang dah akad bayar tapi tak ada usaha nak bayar sampai nyusahkan org dan buang masa org nak urus...
Kes ni yang tak pernah bayar langsung... bagus acah2 dia.. kasik goyang.. pastu refund
gaji memang x pernah cukup...
tp hutang tetap kena bayar...
gaji 10k pun mana cukup, gaji besar, kereta pun kena besar, rumah pun kena upgrade, nak ambik orang gaji lagi...