Siapakah pemilik wajah topeng filem tersebut?
Wajah tersebut adalah milik Guy Fawkes, lelaki yang dituduh pelaku Gunpowder Plot iaitu sebuah rancangan untuk meletupkan Parlimen British.
Gunpowder Plot merancang untuk meletupkan parlimen british supaya pemerintahan Protestan King James I dapat dijatuhkan dan diganti dengan gerakan Katolik.
Guy Fawkes, dan mungkin beberapa pelaku lain telah membuat terowong bawah tanah menuju ke parlimen. Bahan letupan dan peledak sudah pun dilonggok di bawah parlimen, dan ketika Fawkes ditangkap dia sedang memegang sebuah obor dan sedang hendak menyalakan sumbu.
Hukuman yang diterima adalah "Hanged, Drawn and Quartered", artinya :
1. Diseret ke tempat hukuman dengan kuda
2. Digantung (jerut leher) sekejap atau sehingga hampir mati
3. Kemaluan dipotong kemudian dibakar hadapan tertuduh, perut dibelah dan organ dalaman (jawa : jeroan) dibiarkan terkeluar.
4. (Akhirnya) dipancung dan tubuh dikerat empat bahagian.