BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp Apple Android Ciri Permesejan Merentasi Platform D Uji

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Ciri Permesejan Merentasi Platform Di Uji, Orang Luar Mungkin Boleh Hantar SMS Ke Pengguna WhatsApp; WhatsApp dilapor telah menerbitkan kemas kini baharu WhatsApp Beta iaitu yang mendukung nombor versi 2.23.19.8. Antara pembaharuan yang dibawakan mereka adalah persiapan untuk memenuhi undang-undang Digital Market Act (DMA) yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU).
230911-whatsapp-beta-thrid-party-interoperability-458x1024.jpg

Antara perkara yang dimasukkan dalam versi beta adalah keupayaan untuk bersaling operasi antara platform pihak ketiga. Daripada gambaran yang dikongsikan, dalam masa akan datang, pengguna daripada aplikasi permesejan pihak ketiga boleh berhubung dengan pengguna WhatsApp. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang demonstrasi dikongsikan pihak WhatsApp tetang fungsi menarik itu.

Berbalik kepada DMA, WhatsApp dikategorikan oleh EU sebagai perkhidmatan “gatekeepers”. Klasifikasi ini bermakna WhatsApp mempunyai kekuatan yang cukup untuk berikan impak kepada ekonomi EU kerana mempunyai bilangan pengguna yang ramai.
230911-dma-digital-gatekeepers-1024x566.jpg

WhatsApp dianggap sebagai gatekeepersalah satu sebabnya adalah ia berada di bawah Meta yang juga merupakan satu entiti gatekeeper. Selain Meta, 5 lagi syarikat yang dikategorikan di bawah bumbung yang sama ialah Alphabet, Amazon, Apple, ByteDance, dan Microsoft.

Sumber asalWeBetaInfo
 
Back
Top
Log in Register