BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Android Google Photos Menguji Ciri Memainkan Kembali Video Dengan Kelajuan Sehingga 2X

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Google Photos dilaporkan sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna melaras kelajuan main balik video sama seperti fungsi yang terdapat pada YouTube. Pilihan kelajuan disediakan adalah antara 0.25x hingga 2X dan ia boleh diakses melalui menu tiga titik di bahagian atas kanan ketika video dimainkan. Apabila ciri ini dilancarkan kelak, pengguna boleh memilih kelajuan main balik yang paling sesuai dengan keperluan mereka.
1768376093910.png

Selain itu, Google Photos sedang menguji fungsi baharu yang dinamakan ‘Show dates in Grid’ iaitu ciri yang membolehkan pengguna mengawal paparan tarikh pada grid gambar. Dengan fungsi ini, pengguna boleh menikmati paparan grid yang kelihatan lebih kemas tanpa label tarikh. Meskipun begitu, pengguna tidak boleh memilih gambar dan video secara pukal berdasarkan tarikh tertentu. Kedua-dua ciri ini masih berada dalam fasa ujian dan tarikh pelancaran rasminya belum dapat dipastikan.​
 
Back
Top
Log in Register