BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cina Kampung

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
27.12.2018 - Machang, Sepasang warga emas menarik perhatian penduduk Kampung Pangkal Kiat, di sini kerana mengamalkan cara hidup Melayu walaupun mereka berketurunan Cina.

Selain berpakaian dan mengamalkan gaya hidup ala-Melayu, Tan Ban Sing, 94, dan isteri, Kua Gok Ti, 89, juga menggunakan dialek Kelantan untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian mereka.

Mereka yang digelar ‘Cina Kampung’ mengamalkan cara hidup begini sejak zaman kanak-kanak lagi.

Lebih unik, Ban Sing turut dipanggil Pak Hassan dalam kalangan penduduk setempat.

Menurut Ban Sing, daripada pertuturan, cara berpakaian hingga soal makan, dia dan isterinya mengamalkan adab Melayu termasuk makan ulam, nasi berlauk ikan kering dan budu.

Katanya, sejak dari kecil, keluarganya sudah mengamalkan cara hidup itu kerana mempunyai hubungan rapat dengan penduduk setempat.

“Kerana rapatnya hubungan ayah dengan seorang penduduk kampung berketurunan Melayu dahulu, dia membenarkan lelaki itu mengambil saya sebagai anak angkatnya dan diberikan nama ‘Hassan’.

“Hingga kini penduduk setempat memanggil saya dengan nama itu. Ia membuat saya megah menjadi ‘Cina kampung’,” katanya.

Menurutnya, biarpun selesa mengamalkan cara hidup Melayu, dia tetap tidak melupakan tradisi Cina.

“Ramai yang tidak percaya kami masih mengamalkan cara hidup sebegini sehingga ada sebahagian daripada anak dan keluarga lain turut terikut-ikut mengamalkan cara hidup Melayu.

“Bagaimanapun, saya tidak pernah melupakan asal usul saya sebagai bangsa Cina,” katanya.

27hm34e1_1545871118.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2018/12/406340/cina-kampung
 
pergh tembakau handmade.. jemur sendiri.. .arwah tok kawe pun wat sendiri tembakau yg dia hisap...ingtlagi kekuda yg dia guna utk potong tembakau..aku naik main mcm kuda hehehe... rindu arwah tok
 
dia tengok urf amalan adat budaya setempat...

Tengok,kalau kat London mungkin lain,Italy mungkin nama Salvatore Ferragamo,France jadi Arsene Wenger...kerja pun mungkin jadi lain gak...

tapi kat Selangor dulu,cina orang panggil cina bagan,kuantong,dgn tongsan...mungkin nama asal dia kot...

Kat KL jer cina baru nak moden,sampai ada sebahagian yg cara hidup dia dah tak nampak cina...w.a.
 
Di machang ni memang ada cina kampung sepanjang sungai kelantan

cina komunis pun ada dlm bandar machang..cina ganster yg kena buang daerah dari ipoh, bukak bengkel di sini..tapi masih ada unsur² genster dia tu
 
Seorg muda cina baru balik dr melawat kenduri kawen member cina kat kelantan. Ssh cr kedai makan cina. Harga pun blh tahan katanya. Tapi bila mkn mmg puas hati. Sedap sgt. Mmg puas katanya.
 
Di machang ni memang ada cina kampung sepanjang sungai kelantan

cina komunis pun ada dlm bandar machang..cina ganster yg kena buang daerah dari ipoh, bukak bengkel di sini..tapi masih ada unsur² genster dia tu

pandai tak cina komunis tu kecek kelate?
 
Back
Top
Log in Register