BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CIMB Bank terbit waran opsyen beli ke atas FGV

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA LUMPUR - CIMB Bank hari ini menerbitkan tiga Waran Opsyen Beli Penyelesaian Tunai Bukan Kolateral Ala Eropah baharu ke atas saham biasa Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang baru disenaraikan.

Waran itu dengan kod Felda-C1, Felda-C2 dan Felda C3, menawarkan kepada pelabur Malaysia peluang untuk memperoleh pendedahan kepada tawaran awam permulaan terbesar dan ditunggu-tunggu di Asia tahun ini, kata bank itu dalam satu kenyataan.

Bank itu menyebut, waran itu distrukturkan untuk menampung pelabur yang mahukan unjuran pelaburan yang berbeza.

Felda-CJ yang ditawarkan pada harga pelaksanaan terendah RM4.60 dan luput pada 29 Mac, 2013, sesuai untuk pelabur yang mahukan pendedahan jangka pendek.

Pelabur yang mempunyai unjuran pelaburan yang lebih panjang boleh menimbang melanggan Felda-CK dan Felda-CL, yang luput pada 28 Jun, 2013.

Terbitan masing-masing sebanyak 100 juta dengan nisbah pelaksanaan tiga, tiga waran opsyen beli menawarkan nisbah harga waran berbanding harga saham sebanyak 9.89 kali, sekaligus menyediakan pelabur pendedahan seimbang yang baik. - Bernama
 
Esok ada 12 call warrant untuk FGV ni.Meriah:D:D:D


FGV-CA|0.150|06/05/2013|5.000|4:1|OSK
FGV-CB|0.150|07/01/2013|4.550|4:1|OSK
FGV-CC|0.150|31/05/2013|5.920|6:1|MaybankIB
FGV-CD|0.150|29/03/2013|5.460|6:1|MaybankIB
FGV-CE|0.150|31/07/2013|5.000|6:1|MaybankIB
FGV-CF|0.150|31/10/2013|4.550|6:1|MaybankIB
FGV-CG|0.150|28/06/2013|4.580|5:1|AmInvestment
FGV-CH|0.150|28/06/2013|5.050|4:1|AmInvestment
FGV-CI|0.150|28/06/2013|5.550|3:1|AmInvestment
FGV-CJ|0.150|29/03/2013|4.600|3:1|CIMB
FGV-CK|0.150|28/06/2013|4.800|3:1|CIMB
FGV-CL|0.150|28/06/2013|5.000|3:1|CIMB

:)paid

sumber dari bank-bank pelaburan tu
* kalau tersilap sila maafkan.
 
Back
Top
Log in Register