BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cikgu Mala masuk umno??

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
image.jpg

"Saya tidak pernah berniat untuk masuk Umno. Saya berjuang dalam Pas untuk mencari keredaan ALLAH SWT." Demikian kata bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman.

Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, tindakan penulis blog yang memfitnah dirinya dengan mengatakan beliau kecewa dengan Pas dan membuat keputusan untuk masuk Umno adalah keterlaluan.

"Saya menafikan dakwaan blogger yang mengatakan saya berniat untuk jadi ahli Umno.

"Selaku pimpinan muslimat dan isteri, saya mahu tegaskan saya dapat sokongan padu daripada suami, keluarga dan jemaah untuk berjuang dalam Pas," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya, Dr Siti Mariah Mahmud.

Khabar angin itu mula tersebar sejak Rabu lalu melalui blog penaksj.wordpress.com yang dipercayai dimiliki oleh penulis blog Umno.

Blog itu mendakwa beliau mengalami masalah kewangan serta masalah tuntutan janji kebajikan yang dijanjikan Pas setelah beliau kalah dalam PRK Dun Tenang pada 2010.

Normala yang juga ahli jawatankuasa Dewan Muslimat Pas berkata, sekiranya isu ini terus dipanjangkan, beliau tidak teragak-agak untuk menyaman mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu.

"Saya menuntut permohonan maaf daripada blogger yang membuat fitnah dan menyebarkan berita palsu ini.

"Saya mahu tanya, kalau betul ada pihak mahu bantu kebajikan saya, bila suami saya akan dilayan secara adil dan dikembalikan ke sekolah asal?" katanya.

Beliau berkata, tindakan Umno menukarkan suaminya ke sekolah menengah di Kota Tinggi sejauh 270 kilometer merupakan tekanan dan dendam politik.

"Saya menasihati blogger Umno supaya berhenti daripada menjuarai budaya fitnah dan ini jelas akan menyebabkan semakin ramai rakyat akan terus membenci Umno," katanya.

Sementara itu, Dr Siti Mariah berkata, Pas tidak menjanjikan kewangan tetapi sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menjaga kebajikan ahli.

"Isu fitnah begini bukan perkara baru. Kami tidak rasa gentar dengan fitnah begini.

"Kami mahu beri gambaran sebenar mengenai isu ini. Kalau tidak jawab, mereka akan mainkan isu ini berminggu-minggu dan akan mengelirukan banyak pihak," katanya.

sumber
 
tajuk lain dr isi
 
aku ingat normala samsudin tadi
hikhik
 
blogger umno baik buat berita " Nik Aziz join Umno..."...baru dasyat sket berita tu..
 
Pas johor punca cikgu normala berniat serah keahlian masuk umno

normala-suami.jpg


Apa dah jadi dengan kepimpinan Pas Johor, sehinggakan Cikgu Normala yang pernah menjadi calon Pas di Piliharaya Kecil, Tenang, Johor menyerahkan keahliannya untuk memasuki UMNO.

Laporan sumber dalaman yang boleh dipercayai, ada sedikit perselisihan antara bekas cikgu tersebut dan Pas Negeri dalam menawarkan dana bantuan kewangan yang dijanjikan sebelum ini selepas beliau tewas bertanding di Tenang.

Pelbagai janji ditaburkan kepada bekas cikgu tersebut setelah beliau secara sah meletakkan jawatan sebagai guru untuk menjadi calon,kerana tidak tahan disebabkan janji yang tidak tertunai, cikgu Normala tekad meninggalkan Pas dan berjanji akan mendedahkan beberapa janji yang di tawarkan oleh Pas kepada umum.

Terbukti jika sekiranya benar dakwaan ini, maka Pas tidak boleh diharapkan menjaga kebajikan calonya yang tewas dan ini membuktikan bahawa Pas tidak mampu menjaga kebajikan rakyat.

Ikuti laporan bersambung seterusnya, blog ini akan mendedahkan borang keahlian yang diisi sendiri oleh Cikgu Normala dari sumber boleh dipercayai, akibat kecewa dengan tindakan Pas mengabaikan kebajikannya sekeluarga dengan janji-janji piliharaya.

http://penaksj.wordpress.com/2012/0...gu-normala-berniat-serah-keahlian-masuk-umno/
 
Boleh dah saman tuh...secara terang2 fitnah.
 
xyah tunggu2 lagi.....see u in court...
 
cai cai umngok korang tengok la camana bloger2 korang, kerja nak menipu je so org akan anggap yg umno tu pun penipu
 
Back
Top
Log in Register