TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Mangsa, Carter Balingi dijumpai dalam keadaan terbaring dengan berselimut kira-kira pukul 5 pagi tadi oleh isterinya di kediaman Kuarters Guru Kolej Vokasional Beaufort.
BEAUFORT - Seorang guru ditemui maut di kediaman Kuarters Guru Kolej Vokasional Beaufort di sini hari ini.
Mangsa, Carter Balingi, 37, dijumpai dalam keadaan terbaring dengan berselimut kira-kira pukul 5 pagi tadi oleh isterinya.
Difahamkan kali terakhir isterinya melihat mangsa pada pukul 11.30 malam semalam ketika lelaki itu menyiapkan tugasan sekolah.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd. Razak berkata, mangsa yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan St. Paul Beaufort dekat sini disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
"Mangsa ditemui pada pukul 5.10 pagi hari ini selepas isterinya menyedari lelaki terbabit tidak tidur di dalam bilik mereka pada malam itu.
"Mangsa ditemui di bucu dinding dalam keadaan berselimut dan tubuh badannya sejuk dipercayai telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Azmir, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.
Bagaimanapun, ahli keluarga mangsa menyatakan bahawa guru tersebut tidak pernah menghidap sebarang penyakit kronik.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
http://www.kosmo.com.my/terkini/guru-mati-mengejut-kerana-serangan-jantung-1.602531