BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CIDB bina 200 rumah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpeg

Judin (kanan) bersama Fadillah Yusoff (tiga, kanan) ketika majlis pelancaran rumah prototaip di Pusat Konvensyen CIDB, semalam.


LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia kini dalam proses berunding dengan Kerajaan Negeri Kedah untuk membangunkan 200 rumah mampu milik di Padang Terap, Kedah.

Rundingan tersebut dijangka diketahui penghujung tahun ini, manakala rumah mampu milik itu dibina bagi golongan berpendapatan rendah dengan menggunakan bahan binaan ‘polyurethane’ iaitu tahan lasak dan lebih ringan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Dr Judin Abdul Karim berkata, pihaknya bekerjasama dengan Syarikat Bayer MaterialScience bagi melaksanakan projek berkenaan.
“Rumah ini dibina dengan sejenis bahan yang mesra alam, lebih murah, selesa dan keselamatan terjamin.

“Pembinaannya memakan masa lima minggu sahaja di kawasan seluas 185 kaki persegi,” katanya ketika majlis memperkenalkan rumah prototaip di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Judin berkata, model rumah tersebut sudah disiapkan pada Ogos tahun lalu dengan rekaan asas berkeluasan 106 kaki persegi dijual pada harga RM76,000.

Katanya, projek itu merupakan simbol kejayaan kerjasama daripada segi teknikal dan pengetahuan dikongsi antara Bayer MaterialScience dan CIDB untuk sektor pembinaan lestari jangka masa panjang.

"Pembinaan rumah contoh yang siap dibina itu akan membawa satu era baharu untuk pembangunan lestari bagi golongan kurang berkemampuan.

“Pembinaan rumah ini cepat dan mudah hingga 35 peratus banding konkrit.

“Tiang-tiang panel juga lebih senang diangkut ke dalam lori bagi saiz rumah keluarga standard untuk dibina di kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata, penggunaan bahan tersebut digunakan di beberapa negara Asia sebelum ia diperkenalkan di Malaysia.

Selain Bayer MaterialScience, CIDB turut menjalin kerjasama dengan beberapa syarikat sepertiPU Profile Sdn Bhd, Square Panels dan Philips Malaysia.
 
Judin berkata, model rumah tersebut sudah disiapkan pada Ogos tahun lalu dengan rekaan asas berkeluasan 106 kaki persegi dijual pada harga RM76,000.


Tak mahal ker...
kalau rumah teres 22kaki X 70 kaki = 1540 kaki persegi..

Ni rumah 106 kaki persegi??
10 kaki X 10.6 kaki(10 kaki 6 inci) = 106 kaki..

besar saiz bilik jer....= m 76,000

biar betol.....#:-S#:-S
 
Back
Top
Log in Register