hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,546
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,546
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Menerusi satu hantaran di platform X (dahulunya Twitter), CIA memuat naik gambar tiga keping syiling berkenaan yang terdiri daripada syiling 20 sen, 10 sen dan 5 sen keluaran Bank Negara Malaysia.
Hantaran tersebut berbunyi:
"Artifact of the Week: Coins Left at the Statue of Nathan Hale", beserta pautan untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah artifak tersebut.
Walaupun tidak dinyatakan siapa yang meletakkan syiling-syiling tersebut dan dengan tujuan apa, penemuan ini mencetuskan pelbagai spekulasi.
Ada yang berpendapat ia mungkin simbolik – sama ada sebagai penghormatan diam kepada CIA, isyarat dari ejen asing, atau hanya tindakan spontan daripada seorang pelawat warga Malaysia.
Patung Nathan Hale, yang merupakan simbol keberanian dan pengorbanan demi negara, sering menjadi lokasi para pengunjung terutama perisik yang mahu keluar untuk melakukan misi tertentu meninggalkan pelbagai objek sebagai penghormatan.
Namun, penemuan wang syiling dari Asia Tenggara ini dianggap luar biasa dan menarik perhatian pengendali muzium CIA.
Untuk rekod, CIA mempunyai sebuah muzium dalaman yang menempatkan pelbagai artifak perisikan dari seluruh dunia.
Muzium ini tidak dibuka kepada umum, namun CIA kerap berkongsi kandungan digital melalui laman web dan media sosial mereka.
Bagi rakyat Malaysia, insiden ini menjadi satu kebanggaan kecil apabila mata wang negara muncul di salah satu institusi paling berpengaruh di dunia – walaupun dalam keadaan yang penuh misteri. - MYNEWSHUB