BTC USD 83,598.5 Gold USD 4,193.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Chua lepas jawatan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MUAR: Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng (gambar), melepaskan jawatannya secara sukarela sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri yang dipegangnya sejak 23 tahun lalu kepada timbalannya, Sia Ka Tuan, berkuat kuasa semalam.

Beliau turut menolak desas-desus akan menyertai parti pembangkang berikutan itu bukan isu baru, sebaliknya sudah lama disebut-sebut.

Malah, beliau pernah ditawarkan kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya lalu yang ditolaknya dengan baik.

“Saya bukan seorang yang gunakan media massa untuk sertai pembangkang dengan harapan Barisan Nasional (BN) akan memberikan jawatan tinggi ... saya tidak buat macam itu.

“Saya baru selesai satu masalah besar...biar saya rehat sedikit sebelum umum apa yang bakal dibuat selepas ini. Malam ini (tadi) saya gembira kerana dapat menyatukan semula Bahagian Bakri apabila masa tiba...tempoh masa sudah matang saya akan suarakan apa yang bakal saya lakukan selepas ini.

“Tetapi jika satu hari nanti saya meninggalkan MCA, saya akan buat sesuatu yang elok,” katanya pada sidang media ketika mengumumkan peletakan jawatannya selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Ahli Jawatankuasa MCA Bahagian Bakri di sini, semalam.

Chua mengingatkan semua ahli MCA Bahagian Bakri supaya memberikan sokongan padu kepada pimpinan baru di bawah Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata, walaupun ada antara ahli menghalangnya daripada meletakkan jawatan, mereka merelakan apabila dia menyatakan hasrat melaksanakan perjuangan lebih besar di peringkat negara.

Chua menasihatkan ahli MCA tidak berselisih faham membabitkan isu tempatan yang kecil, sebaliknya memberi tumpuan perjuangan lebih jauh untuk masyarakat majmuk di negara ini.
 
Back
Top
Log in Register