BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

China sekat laman web BBC

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
bbc.transformed.jpg


SHANGHAI: Pihak berkuasa di China menyekat laman web Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) berikutan ketegangan yang semakin meningkat di Hong Kong di antara penunjuk perasaan prodemokrasi dan polis, kata BBC dalam kenyataan.

BBC berkata, langkah itu adalah tindakan penapisan yang disengajakan. Ia tidak menyatakan sebab mengapa langkah itu diambil oleh Beijing, yang juga menyekat laman web New York Times, Bloomberg dan laman web bahasa Cina BBC.

"BBC mengecam sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menyekat akses bebas terhadap berita dan maklumat dan kami bantah tindakan pihak berkuasa China. Ia menunjukkan tindakan itu adalah penapisan yang disengajakan," kata Pengarah Kumpulan Perkhidmatan Global BBC, Peter Horrocks.

Pagi ini laman web bahasa Inggeris BBC masih belum dapat diakses di China.

Di Hong Kong, polis menggunakan penyembur lada hari ini bagi menghalang penunjuk perasaan daripada menyekat jalan raya utama berhampiran pejabat ketua eksekutifnya berikutan kemarahan orang ramai terhadap tindakan polis membelasah seorang penunjuk perasaan semalam. - REUTERS


http://www.bharian.com.my/node/11920
 
Back
Top
Log in Register