izack1981
Legendary Member

- Messages
- 10,374
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2007
- Messages
- 10,374
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
BEIJING 14 Jan. - China akan mengalami kerugian besar, sekiranya Google mengambil keputusan untuk tidak lagi menawarkan perkhidmatan di negara itu berikutan serangan siber serta penapisan Internet, dengan menyatakan bahawa rakyat negara ini seharusnya diberikan hak bebas untuk mengakses maklumat.
"Sekiranya negara paling padat dengan penduduk di dunia ini gagal menyediakan 'tempat berpijak' yang selesa buat enjin pencarian terkenal dunia, ia akan mengakibatkan halangan dan kerugian besar kepada budaya Internet China," lapor akhbar berbahasa Inggeris Global Times yang juga lidah rasmi kepada Parti Komunis.
Laporan itu menyebut, jika syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai 360 juta pengguna dalam talian di dunia itu keluar dari China, ia akan mengakibatkan 'kerugian amat besar kepada komitmen jangka panjang inovasi, begitu juga dengan masa depan perniagaan di negara ini.
Google kelmarin memaklumkan, syarikat itu tidak akan tunduk lagi kepada penapisan Internet oleh kerajaan China dan berdepan risiko tersingkir daripada pasaran yang menguntungkan ini sebagai membantah serangan siber yang disasarkan kepada aktivis hak manusia di negara ini.
"Lebuh raya maklumat ini bukan sahaja memerlukan pemanduan yang selamat, tetapi juga aliran lalu lintas yang bebas. Untuk kepentingan hak majoriti, aliran maklumat bebas perlu diberi keutamaan kepada masyarakat awam.
"Tindakan Google dan China yang berbeza haluan, akan menjejaskan kedua-dua pihak,'' lapor Global Times.
China berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan berhubung pengumuman Google.
Usaha mendapatkan ulasan daripada Kementerian Luar, Kementerian Kewangan dan Kementerian Teknologi Maklumat masih belum berhasil.
Global Times yang menyiarkan berita tersebut pada muka depannya begitu juga dengan akhbar China Daily melaporkan bahawa sementara penapisan perlu dalam 'peralihan masyarakat' seperti di China bagi mengekalkan kestabilan sosial, sempadan tertentu adalah perlu.
"Kerajaan perlu berhadapan cabaran untuk menentukan di mana dan bagaimana untuk meletakkan tempat pemeriksaan dalam 'lebuh raya maklumat'," lapor akhbar tersebut. - AFP