hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,259
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,259
- Reaction score
- 1,665
- Points
- 201
Beijing: China mengeluarkan amaran suhu rendah dan merkuri jatuh ke paras terendah dalam sejarah di beberapa kawasan di negara itu, hari ini.
Keadaan musim sejuk dan salji pertama turun di Beijing menyebabkan sistem pengangkutan awam menghadapi kelewatan, penerbangan dibatalkan dan landasan licin hingga berlaku kemalangan dan mencederakan lebih 100 orang.
Pihak berkuasa meteorologi negara juga mengeluarkan amaran suhu rendah dengan meramalkan gelombang sejuk merentasi sebahagian besar China yang akan berterusan sehingga Selasa ini.
Sementara itu, agensi berita negara Xinhua memetik pihak berkuasa berkata, beberapa kawasan di utara China dan wilayah di sepanjang Sungai Kuning dan Sungai Huaihe mungkin berdepan suhu hampir atau memecahkan rekod terendah untuk tempoh yang sama tahun ini.
Cuaca sejuk luar biasa juga dijangka berlaku di bahagian lain di China, dengan amaran menambah bahawa suhu 0 darjah Celsius atau lebih rendah dalam beberapa hari akan dijangka di bahagian selatan Wilayah Guizhou kira-kira 300 kilometer dari sempadan dengan Vietnam.
Ketika negara bersiap sedia menghadapi penurunan merkuri, Presiden Xi Jinping turut menggesa usaha habis-habisan dalam tindak balas kecemasan.
"Pemerhatian rapi mesti diberikan untuk kerja pencegahan dan bantuan bencana dalam menghadapi risiko bencana yang tinggi disebabkan oleh musim sejuk yang akan datang.
"Kapasiti bekalan arang batu, tenaga, minyak dan gas perlu diperkukuh, malah kerja perlu dilakukan untuk mendapatkan bekalan tenaga dan memastikan rakyat kekal hangat," kata Jinping, menurut Xinhua.
Sebelum itu, pakar iklim memberi amaran tentang peningkatan risiko cuaca ekstrem yang disebabkan oleh pemanasan global.