balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
BEIJING - CHINA. Kerajaan China menghasilkan sistem senjata laser yang boleh menembak jatuh dron pada ketinggian rendah, menurut media tempatan, semalam.
Agensi berita Xinhua melaporkan, tembakan boleh menjangkau sehingga 2 kilometer dan boleh menumpaskan pelbagai jenis dron dalam masa lima saat dari lokasi sasaran.
Pengurus China Jiuyuan Hi-Tech Equipment Corp, syarikat di bawah salah sebuah pemaju di Akademi Kejuruteraan Fizik China (CAEP), Yi Jinsong berkata, pesawat kecil tanpa pemandu itu senang digunakan, murah dan mungkin menjadi pilihan terbaik untuk pengganas.
"Kerja memintas dron biasanya dilakukan oleh penembak tepat atau helikopter, tetapi peratus kejayaan tidak tinggi dan jika tembakan tersasar boleh menyebabkan kemusnahan tidak diingini," katanya dipetik Bangkok Post.
Menurut CAEP lagi, sistem itu boleh dipasang pada kenderaan dan telah menembak lebih 30 dron dalam ujian baru-baru ini dengan kejayaan 100 peratus.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/china-bangunkan-senjata-laser-1.330189