BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Chile rombak Kabinet

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Bachelet ketika diwawancara dalam program What is going on with Chile?, kelmarin.​

SANTIAGO - CHILE. Presiden Chile, Michelle Bachelet, kelmarin, mengumumkan bahawa beliau mahu merombak Kabinet dalam masa terdekat selepas populariti beliau didakwa semakin menurun sejak akhir-akhir ini.

"Beberapa jam lalu saya telah meminta kesemua menteri supaya meletak jawatan dan barisan baharu Kabinet akan diumumkan dalam tempoh 72 jam akan datang," katanya menerusi wawancara bersama stesen TV tempatan, kelmarin dalam laporan Reuters.

Bagaimanapun, pemimpin parti berhaluan kiri itu belum membuat sebarang cadangan berhubung perubahan tersebut.

Kebanyakan ahli parti politik beliau turut menyambut baik keputusan tersebut dan peletakan jawatan itu disifatkan sebagai tahap baharu dalam kerajaan.

Keputusan tinjauan terbaru menunjukkan populariti Bachelet menurun pada tahap paling rendah selepas skandal rasuah melibatkan dirinya terbongkar.

Sebelum ini, banyak pihak mempersoalkan pinjaman bank dan perjanjian urus jual beli tanah didakwa memberi pulangan lumayan kepada menantu perempuannya.
 
Back
Top
Log in Register