BTC USD 83,340.4 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Chicken Chop RM6

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg


​

SHAH ALAM -Walaupun rakyat kini berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat terutama di kawasan bandar, sebuah gerai makanan barat masih lagi mengekalkan harga berpatutan dan boleh dianggap murah dengan menawarkan harga serendah RM6 kepada pelanggan yang mahu menikmati sepinggan chicken chop.

Pemilik gerai Dr Bon Western, Ahmad Raqib Ab Kadir berkata, harga murah yang dikenakan kepada pelanggan yang berkunjung ke gerainya merupakan strategi pasaran berkesan dalam perniagaan itu yang memulakan operasi sejak 2009.

“Saya yakin dengan harga murah, pelanggan akan berkunjung lagi ke sini kerana saya pasti, jarang ada gerai atau kedai yang menjual makanan barat dengan menawarkan harga serendah RM6,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dengan bermodalkan RM300 setiap hari, beliau mampu menjana keuntungan kasar RM600 dan gerainya pasti diserbu pelanggan yang mahu menikmati makanan barat dengan harga yang murah.

“Saya juga akan pastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan setiap menu yang saya sajikan dan pelanggan boleh menikmati pelbagai menu selain chicken chop di bawah harga RM10,” katanya.

Ahmad Raqib turut menambah beliau memahami bebanan yang ditanggung rakyat ketika ini kerana kos sara hidup semakin tinggi dan beliau tidak sampai hati untuk menjual makanan dengan harga terlalu tinggi.

“Tidak mengapalah harga murah sekalipun, pelanggan pun tidak terlalu cerewet dengan hiasan dalam sajian kerana apa yang penting ia sedap dan berpatutan.

“Lagi pun, saya masih lagi boleh meraih untung kerana pelanggan ramai datang ke sini, jadi saya boleh menampung modal yang saya keluarkan setiap hari,” katanya.

Katanya, pelanggan boleh menikmati hidangan makanan barat setiap hari dari 6.30 petang hingga 12 malam kecuali pada hari Isnin.

Menurut Ahmad Raqib, gerai itu akan terus mengekalkan harga yang sama bagi setiap hidangan di cawangan terbaharunya di Subang.
 
rege stenderd p.mlm kt tmpt aku je ni pun
 
lg 1 kt foodcourt desa pandan..rm6 jgk..dgn banyak kuah blackpaper pun sdp..dh lama tak gi situ..tah rege tu ke naik pun tatau..tp tu yg termurah aku jmpa kt kl
 
Back
Top
Log in Register