BTC USD 83,710.8 Gold USD 4,157.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS CHAPTER 2 | JOHOR DARUL TA'ZIM FC

Mora mohon maaf, janji tingkat prestasi JDT

image.jpg


JOHOR BAHRU 21 Jan. - Ketua Jurulatih baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora memohon maaf kepada penyokong Harimau Selatan ekoran gagal mempertahankan Piala Sumbangsih 2017 menentang Kedah yang bersudahan JDT tewas 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti, malam tadi.


Namun jurulatih kelahiran Mexico itu berjanji untuk meningkatkan prestasi permainan anak-anak buahnya bagi menghadapi saingan musim ini.

Menurut bekas jurulatih JDT II itu, pemainnya mempamerkan aksi yang memberangsangkan khususnya pada separuh masa pertama sebelum agak 'pincang' selepas S. Kunanlan dibuang padang akibat menerima kad kuning kedua.

"Saya akur dengan keputusan malam ini dan meminta maaf kepada penyokong JDT kerana gagal menghadiahkan Piala Sumbangsih, namun sekurang-kurangnya kami memperoleh satu mata bagi saingan Liga Super.

"Saya memberi jaminan akan membawa pasukan ini kembali ke tahap sebenar mereka, sesuai dengan kedudukan selaku juara Liga Super," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan menentang Kedah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Pada perlawanan itu, Kedah muncul juara Piala Sumbangsih 2017 selepas menewaskan JDT menerusi penentuan sepakan penalti 5-4. Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit permainan.

Menurut Mora, pihaknya akan mengkaji persembahan pemain berdasarkan perlawanan itu dan melakukan penambahbaikan menjelang perlawanan seterusnya menentang Felda United.

"Berdasarkan perlawanan malam ini, saya sudah memiliki gambaran prestasi pemain dan pastinya kami akan mengatasi sebarang kelemahan yang dipamerkan.

"Harimau Selatan merupakan sebuah pasukan yang memiliki mentaliti juara dan telah membudayakan kemenangan, dan keputusan itulah yang akan dikejar bagi setiap perlawanan selepas ini," katanya yang turut berpuas hati dengan persembahan para pemain baharu JDT.


- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola...at-prestasi-jdt-1.434316#sthash.bH9REoUO.dpuf
 
Semalam diorg main bola ke? Da macam kungfu aku tgk...siap ada flying kick tu...Patot ler pasukan bertandang kat sana semua naik takot. Bahana kalau cuba nak main bebetul.

mcm kurang tepat statement tuan tu...

kalau nak banding team lain,ade je team lain yg ganas...sampai patah kaki player lawan pn ade...:)
 
SESI LATIHAN PASUKAN JOHOR DARUL TA'ZIM II | 21HB JANUARI 2017

Berikut adalah himpunan gambar-gambar yang telah dirakamkan sewaktu sesi latihan pasukan Johor Darul Ta'zim II di Padang Mawar, Pasir Gudang. Luaskan Kuasamu Johor.

16114467_764111267085508_5185971787364818491_n.jpg

16142826_764111270418841_5232057329497816368_n.jpg

16114881_764111337085501_8263074550884040474_n.jpg
 
Opsss, sorry sbb tergelak baca komen korg.... tred nih rupanya utk SEMBANG SESAMA SENDIRI...... untung sejuta USD tuuuuu jual Diaz sembangnya..... lol

kalau takat datang thread org,buat provoke baik xpayah dtg or komen ape2...gitulah maksug kwn tu...

kalau dtg ayat sopan2 mmg gaya nak bersembang xdehal...
 
bg can game felda 27hb ni. main home lg

klo x fokus afc jela. xpyh acl sgt la
 
rambut retro tu. mana lg nak jumpa skang ni :))
 
Maaf cakap.. Perangai busuk hati segelintir fans atau bukan fans ni kadang-kadang merosakkan suasana.. Menang dan kalah adat permainan..Janji dua-dua pasukan dah buat yang terbaik.. Teruskan menyokong pasukan anda..
 
Back
Top
Log in Register