BTC USD 83,340.4 Gold USD 4,139.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS CHAPTER 2 | JOHOR DARUL TA'ZIM FC

16114505_1413802601985546_2380890143331812823_n.jpg

Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah -

TMJ dengan semangat kesukanan tinggi menuju ke arah penyokong hijakuning selepas perlawanan dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan Kedah menjuarai Piala Sumbangsih 2017. Tindakan beliau turut dibalas oleh penyokong dengan bersorak nama TMJ berulang-ulang kali.

Steady tmj :)cgrock
 
Salam semua. Setelah sekian lama jd guest & silent reader, kali ni bru tergerak hati nak join CG. Kena pulak thread samb. ke 2 JDT. Mmg dahsyat. Hebat2. Harap supporter jgn bersedih. Bak kata TMJ, msh ada 47 perlawanan lagi perlu dilaluu.

"No matter what, we stand together"
 
Yg suka sgt nk provoke sni...sila blah ye.ni bkn rumah korang

Sedih btul tgk game smlm...xdpt nk adapt lg sistem formasi baru.hrp2 ada peruhanan next game
 
Perangai ke fb bawak ke cg. Provoke sana sini. Next game jdt liga super ke playoff acl?

"KAU SOPAN, AKU SEGAN"
 
next felda. liga super. home larkin

pastu acl. bangkok united
 
JADUAL PERLAWANAN JOHOR DARUL TA'ZIM UNTUK BULAN JANUARI 2017

16143094_764027567093878_4853366043423688075_n.jpg
 
TAHNIAH KEPADA PASUKAN KEDAH DAN JOHOR DARUL TA'ZIM

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bolasepak Kedah dan penyokong mereka kerana memenangi Piala Sumbangsih. Mengenai perlawanan tersebut, saya dimaklumkan ramai orang/penyokong yang ingin menjadi jurulatih. Jadi, saya juga cuba ingin menjadi jurulatih dan ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pandangan saya mengenai perlawanan tersebut. Bagi saya jika kami bermain dengan 11 pemain ia akan menjadi cerita yang berbeza.

Anda boleh melihat kami telah memberi "high pressing". Kami menguasai perlawanan dan mencipta banyak peluang. Tetapi kad merah telah membunuh kami. Ia adalah kad merah pada saya kerana ia kad kuning kedua yang jelas. Dengan 10 pemain adalah mustahil untuk bertahan dengan "ball possession" atau memberi tekanan yang lebih kerana anda akan mendedahkan pertahanan anda dan intensiti kecergasan pemain.

Jika kita menerima kad merah pada 60 atau 70 minit permainan ia masih ok lagi. Tetapi untuk menerimanya sebelum separuh masa kedua saya tahu permainan tidak akan memihak kepada kami. 45 minit untuk menentang 11 pemain bukanlah mudah. Satu-satunya pilihan anda adalah untuk bertahan dan melakukan serangan pantas "counter attack", Jadi selepas menerima kad merah permainan telah pun tamat bagi saya.

Tetapi saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemain JDT dan jurulatih untuk semangat berjuang mereka sehingga ke wisel penamat. Saya juga gembira dengan pasukan dan saya yakin mereka akan menjadi semakin baik dan lebih baik pada masa akan datang. Penambahbaikan untuk jangka panjang adalah apa yang kita mahukan dan itulah apa yang kita ada ketika ini.

Untuk para penyokong JDT terima kasih atas sokongan anda. Kami benar-benar menghargainya. Masih ada 47 perlawanan untuk dilalui. Perjalanan masih jauh. Akan ada beberapa perubahan lagi menjelang bulan Jun untuk mencapai sasaran dan kita akan melihatnya nanti. Jadi jangan sedih. Ia bukan pengakhiran dunia ini. "Enjoy" sepanjang musim ini dan sentiasa bersatu. Sekali lagi tahniah kepada Kedah dan JDT.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

16003179_763957187100916_4385570720039017007_n.jpg
 
SAYA PERCAYA MUSIM INI AKAN MENJADI SATU LAGI MUSIM HEBAT DAN MENARIK BUAT KELAB BOLASEPAK JDT

Kami cukup berbangga dengan usaha pemain dan barisan kejurulatihan dalam perlawanan malam ini. Dengan pelbagai perkara berlaku dalam satu minggu dan bermain dalam sebahagian besar permainan dengan hanya sepuluh orang, hakikatnya ialah kami telah memulakan musim ini dengan cara yang sama seperti tahun sebelum ini dengan mendapat keputusan seri 1-1 yang menunjukkan kami mempunyai saingan yang kuat dan memiliki karakter yang hebat.

Penyokong kami benar-benar menakjubkan dan sekali lagi telah membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik di negara ini dengan memberikan atmosfera yang amat menarik dari segi sokongan. Kami mengucapkan tahniah kepada Kedah kerana memenangi penentuan sepakan penalti, seperti kami bernasib baik kerana memenangi sepakan penalti ke atas Selangor pada tahun lepas.

Terdapat beberapa tanda-tanda besar malam ini bahawa musim ini akan menjadi satu lagi tahun yang menarik untuk Kelab Bolasepak JDT.

Alistair Edwards, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim

16195805_763823103780991_8608002525283283795_n.jpg
 
TAHNIAH KEPADA PASUKAN KEDAH DAN JOHOR DARUL TA'ZIM

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bolasepak Kedah dan penyokong mereka kerana memenangi Piala Sumbangsih. Mengenai perlawanan tersebut, saya dimaklumkan ramai orang/penyokong yang ingin menjadi jurulatih. Jadi, saya juga cuba ingin menjadi jurulatih dan ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pandangan saya mengenai perlawanan tersebut. Bagi saya jika kami bermain dengan 11 pemain ia akan menjadi cerita yang berbeza.

Anda boleh melihat kami telah memberi "high pressing". Kami menguasai perlawanan dan mencipta banyak peluang. Tetapi kad merah telah membunuh kami. Ia adalah kad merah pada saya kerana ia kad kuning kedua yang jelas. Dengan 10 pemain adalah mustahil untuk bertahan dengan "ball possession" atau memberi tekanan yang lebih kerana anda akan mendedahkan pertahanan anda dan intensiti kecergasan pemain.

Jika kita menerima kad merah pada 60 atau 70 minit permainan ia masih ok lagi. Tetapi untuk menerimanya sebelum separuh masa kedua saya tahu permainan tidak akan memihak kepada kami. 45 minit untuk menentang 11 pemain bukanlah mudah. Satu-satunya pilihan anda adalah untuk bertahan dan melakukan serangan pantas "counter attack", Jadi selepas menerima kad merah permainan telah pun tamat bagi saya.

Tetapi saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemain JDT dan jurulatih untuk semangat berjuang mereka sehingga ke wisel penamat. Saya juga gembira dengan pasukan dan saya yakin mereka akan menjadi semakin baik dan lebih baik pada masa akan datang. Penambahbaikan untuk jangka panjang adalah apa yang kita mahukan dan itulah apa yang kita ada ketika ini.

Untuk para penyokong JDT terima kasih atas sokongan anda. Kami benar-benar menghargainya. Masih ada 47 perlawanan untuk dilalui. Perjalanan masih jauh. Akan ada beberapa perubahan lagi menjelang bulan Jun untuk mencapai sasaran dan kita akan melihatnya nanti. Jadi jangan sedih. Ia bukan pengakhiran dunia ini. "Enjoy" sepanjang musim ini dan sentiasa bersatu. Sekali lagi tahniah kepada Kedah dan JDT.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

16003179_763957187100916_4385570720039017007_n.jpg

Ucapan yg terbaik. Majulah tmj utk bola sepak malaysia
 
Back
Top
Log in Register