BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CGrians ooo CGrians....

Pendapat saya TT. Dalam negara demokrasi terpimpin ni kita x leh elak dari politik.

TT dok dalam rumah pun politik. sebabnya
1. Bukak tv tgk berita dah ada cerita politik.
2. On kipas dalam rumah pun politik - Bil elektrik tu naik turun cas sapa yang berkuasa
3. Kuar umah kena isi minyak. Turun naik minyak, subsidi minyak sapa yang berkuasa kalu bukan dari politik.

Pendek kata kita x leh lari dari politik. Ia mempengaruhi kehidupan harian kita. Kena amik tau supaya kita dapat menilai mana yang dapat bagi impact yang positif terhadap kehidupan harian kita. Nak cari yg sempurna mmg x dak. Pilihlah mana yg terbaik berdasarkan pilihan yg ada. Anda mesti pilih.
 
Pendapat saya TT. Dalam negara demokrasi terpimpin ni kita x leh elak dari politik.

TT dok dalam rumah pun politik. sebabnya
1. Bukak tv tgk berita dah ada cerita politik.
2. On kipas dalam rumah pun politik - Bil elektrik tu naik turun cas sapa yang berkuasa
3. Kuar umah kena isi minyak. Turun naik minyak, subsidi minyak sapa yang berkuasa kalu bukan dari politik.

Pendek kata kita x leh lari dari politik. Ia mempengaruhi kehidupan harian kita. Kena amik tau supaya kita dapat menilai mana yang dapat bagi impact yang positif terhadap kehidupan harian kita. Nak cari yg sempurna mmg x dak. Pilihlah mana yg terbaik berdasarkan pilihan yg ada. Anda mesti pilih.

terbaik ulasan bro..:)paid
 
nak wat camne tt,,

kat malaysia ni..cerita macam mna pun.

pusing2..mesti relate politik gak hujungnya
 
Bagi aku cerita pasal politik ni takkan senyap dan orang akan sentiasa cari peluang untuk kaitkan apa juga cerita dengan politik. Sebabnya ada dua je.

1) Politik ni berkait rapat dengan emosi. Emosi rakyat bawahan sekarang ialah marah, tertekan, dan apa juga yang negatif akibat kesempitan hidup. Maka amat mudah nak mainkan sentimen politik pada golongan sebegini. Dedah je cerita pasal salah laku pemimpim maka akan ramailah yang jadi nasi tambah mengutuk, menghina dan meyebar fitnah tanpa fikir dosa pahala.

2) Bagi pemimpin atau golongan atasan beserta pengampu-pengampu pula memainkan isu politik dalam apa juga perkara adalah penting bagi survival politik dan periuk nasi masing-masing. Oleh itu bermacam-macam cerita sama ada benar atau tidak cuba diputar belit bagi menunjukkan keburukan dan kelemahan lawan.

Lagipun sudah jadi adat manusia yang gemar bercerita mengenai keburukan orang lain. Umpatan, makian, cacian, hinaan adalah sesuatu yang sangat sedap dibuat. Segala keburukan dihalalkan demi kepuasan politik masing-masing.

Sebagai contoh pihak BN sibuk mencanangkan pasal bilangan kes HIV yang meningkat di Kelantan dengan niat untuk memburuk-burukkan kerajaan Pas Kelantan. Tetapi tidak ada statistik yang didedahkan untuk menunjukkan bilangan peningkatan dan punca peningkatan. Ini semua adalah politik murahan yang tujuannya tidak lain adalah nak memburukkan keburukan lawan politik.

Kemudian, dengan bangganya 'pejuang' PR kononnya mulalah menggeledah internet untuk mencari statistik penghidap HIV mengikut negeri di Malaysia. Alangkah bangganya dia apabila mendapati statistik menunjukkan Johor sebagai negeri yang tertinggi pembawa kuman HIV. Maka bersoraklah keliling kampung meraikan penemuannya itu. Tanpa disedari dia pun sama ***** kerana mengikut telatah politik murahan yang digunakan oleh lawan politik yang amat dibencinya itu. Sibuk mewar-warkan Johor sebagai juara HIV tetapi tak pulak disebut kenapa KL jadi juara AIDS. Dan tidak pula disebut kenapa peratus AIDS/HIV di kebanyakan negeri-negeri PR lebih tinggi dari Johor.

Apa yang aku perhatikan keghairahan rakyat berpolitik sejak akhir-akhir ini adalah disebabkan tekanan kehidupan yang semakin membebankan. Rakyat bawahan menjadikan politik sebagai tempat untuk meluahkan kemarahan dan ketidak puashatian mereka. Manakala, pemimpin pula semakin tertekan untuk menyelamatkan kuasa politik mereka. Akhir sekali aku tertanya-tanya apakah tujuan sebenar golongan-golongan ni berpolitik? Adakah hanya untuk manfaat dunia semata?

Walaupun ada yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam tetapi apa yang jelas kelihatan adalah mereka memperjuangkan Islam hanya untuk manfaat dunia. Benarkah jika Islam tertegak di Malaysia, kehidupan akan jadi senang? Not so soon brothers and sisters. Kesenangan dan kesusahan hidup itu adalah ujian Allah SWT. Tidak kira kamu perjuangkan Islam atau tidak Allah SWT tetap menguji kamu dengan kesenangan dan kesusahan.

Oleh itu janganlah ingat dengan hanya perjuangkan Islam semua kesusahan kamu di dunia akan hilang. Negara Islam Madinah yang Nabi SAW asaskan juga tidak terlepas dari ujian kesusahan. Perjuangan Islam mestilah ikhlas kerana Allah SWT dan kamu mesti tetap memperjuangkan Islam sekalipun kesusahan yang lebih teruk dari apa yang kamu alami sekarang ini melanda setelah Islam tertegak di Malaysia.
 
perkara AIB dan perkara MUNGKAR adalah 2 perkara berbeza.
memang benar Nabi suruh kita sembunyikan perkara AIB, tapi Nabi tak pernah suruh kita berdiam diri atas perkarang MUNGKAR.

apa perintah Nabi sekiranya kita lihat perkara MUNGKAR?
Nabi suruh kita tegur dengan TANGAN, LIDAH dan HATI (dan HATI ialah selemah-lemah iman).

sekarang ni, pihak BN datangkan fakta secara belit. dalam masa yang sama dengan bertujuan untuk memfitnah kerajaan negeri Kelantan, bukankah ini perkara mungkar?
maka, tindakan seorang forumer yang membetulkan fakta adalah satu tindakan yang adil agar lebih ramai orang tahu fakta sebenarnya yang berlaku.

tapi apa yang kita lihat, Melayu jenis Melayu Islam keturunan ni tidak melihat dari sudut positif, kerana sudah set dalam kepala otak bahawa isu politik ni KOTOR dan MERIMASKAN. tambah-tambah lagi mereka pula mengHARAMkan demokrasi, lalu bertambah sangkaan buruk mereka terhadap golongan yang yang ingin berkata benar.

kena faham, Islam bukannya agama BEKU yang tertakluk kepada satu-satu jalan dakwah sahaja. kalau nak kata demokrasi HARAM, maka kita boleh kata MONARKI dan MAJLIS SYURA juga HARAM. maka perlantikan Khalifah Uthman r.a, Khalifah Ali r.a, Khilafah Umaiyah, Abbasiyyah, Uthmaniyyah semuanya HARAM sebab tak ikut cara Nabi pun. tapi takpe, kita beri ruang kepada mereka untuk terus belajar mempelajari ilmu Islam yang luas ini.

Islam memang agama lembut, tapi Islam bukannya agama yang lurus bendul yang perlu lembut sepanjang masa.
ada kalanya Nabi selesaikan masalah dengan kesabaran dan senyuman. namun ada juga Nabi selesaikan masalah dengan pedang dan darah. kalau nak lembut sepanjang masa, ini jelas bercanggah dengan peperangan yang pernah disertai oleh Nabi dan Sahabat.

ingat, Nabi pernah pesan, hanya orang Islam sahaja yang boleh menjatuhkan Islam. orang kafir tidak akan sekali-kali dapat menjatuhkan Islam. lihatlah sejarah Umaiyah, Abbasiyyah, Uthmaniyyah..kesemua mereka jatuh kerana orang Islam itu sendiri, bukannya kerana kafir. sebab dalam Islam wujudnya orang Islam yang benci kepada Islam itu sendiri.

seteruk-teruk orang kafir, diorang hanya masuk sampai level 6 je.
seteruk-teruk orang Islam, diorang akan masuk level 7 jadi bahan bakar api neraka..lebih teruk dari oran-orang kafir yang menentang Islam..
 
tapi aku rasa cacai ameno je yang berasap tengok org komen pasal politik nih...

kalo dia tak minat pasal politik, mesti takde rasa apa2... btol tak?....:)):))

setuju:)paid


:))
 
......
"...Benarkah jika Islam tertegak di Malaysia, kehidupan akan jadi senang? Not so soon brothers and sisters. Kesenangan dan kesusahan hidup itu adalah ujian Allah SWT. Tidak kira kamu perjuangkan Islam atau tidak Allah SWT tetap menguji kamu dengan kesenangan dan kesusahan...."

Bro, perjuangkan islam nak dpt kesenangan:-?...Mcm kureng jer alasan tersebut...
 
kalo takmo dengar pasal politik, hang pindah pi duduk dalam gua... kat dalam gua tu gerenti takde citer pasal politik punya...

Amat bersetuju sekali... :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register