BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CGC sedia tingkatkan jaminan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



KUALA LUMPUR 25 Mei – Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd. (CGC), sedia meningkatkan nilai pinjaman yang dijaminnya melebihi RM3 bilion yang diperuntukkan tahun ini, jika terdapat keperluan tertentu seperti yang dilakukan pada tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd. Zamree Mohd. Ishak berkata, hal yang sama berlaku pada 2014 apabila entiti itu hanya memperuntukkan nilai jaminan sebanyak RM2.7 bilion, namun nilai sebenar jaminan yang telah ditandatangan sepanjang tahun lalu berjumlah RM3.2 bilion.

“Nilai jaminan tahun lalu bertambah disebabkan kami menandatangani beberapa perjanjian jaminan termasuk yang bernilai RM500 juta pada suku keempat lalu. Apa pun, jika ada keperluan kami sedia tingkatkan nilai jaminan itu tahun ini berdasarkan keyakinan kami terhadap pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian Anugerah Pendokong Utama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kali-20 di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengerusi CGC, Datuk Agil Natt dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malayan Banking Bhd. (Maybank), Datuk Abdul Farid Alias.

Jelas Mohd. Zamree, CGC tahun ini menyasarkan untuk menjamin RM3 bilion nilai pinjaman membabitkan 7,850 peminjam terutamanya PKS, berbanding RM3.2 bilion nilai jaminan pinjaman membabitkan 6,839 peminjam pada 2014.

“Tahun ini juga kami akan memberi tumpuan terhadap nilai pinjaman bersaiz kecil, bagi memastikan lebih banyak peniaga-peniaga di seluruh negara mendapat perkhidmatan jaminan kami. Antara tumpuan kami adalah sektor pembinaan, teknologi hijau dan perniagaan yang baharu bermula,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, nilai pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggungnya ketika ini berada pada kadar 12 peratus. Namun kata beliau, peratusan tersebut adalah satu kebiasaan memandangkan peranan CGC adalah untuk membantu pertumbuhan PKS dan berbeza peranan yang dimainkan oleh sesebuah perbankan komersial.

Sejak penubuhan CGC pada 1972, entiti itu telah menjamin 430,000 pinjaman bernilai hampir RM56.1 bilion sehingga kini.

Sementara itu dalam majlis penyampaian yang diadakan sebelum itu, CGC mengiktiraf empat buah bank iaitu Maybank, Maybank Islamic, OCBC Al-Amin Bank Bhd. dan Standard Chartered Saadiq Bhd., yang berjaya memenangi anugerah mengikut kategori masing-masing dalam membantu PKS mendapatkan dana perniagaan.
 
Back
Top
Log in Register