Apa itu Defensive Contribution
Pemarkahan terbaru Fantasy Premier League (FPL) yang melibatkan “Defensive Contribution Points” — iaitu mata tambahan untuk pemain yang banyak membantu dalam pertahanan, walaupun mereka bukan penjaring atau penjaga gol.
Pemain boleh dapat maksimum 2 mata tambahan setiap perlawanan jika mereka buat banyak tindakan pertahanan seperti:

Tindakan Pertahanan Yang Diberi Mata:
Blocks – halang bola dari terus ke arah gol
Tackles – rampas bola dari pemain lawan
Interceptions – pintas hantaran lawan
Clearances – buang bola dari kawasan bahaya
Recoveries (untuk midfielder & forward sahaja) – ambil semula bola selepas hilang penguasaan

Berapa banyak perlu buat untuk dapat mata?
Posisi Tindakan Pertahanan Minimum Mata Diberi
- Defender (bek) 10 tindakan 2 mata
- Midfielder & Forward 12 tindakan 2 mata

Had Maksimum:
Mata contribution pertahanan maksimum ialah 2 mata setiap perlawanan, tak kira berapa banyak mereka buat selepas itu.
Sistem ini beri ganjaran kepada pemain yang rajin bertahan, walaupun tak jaringkan gol atau buat assist.