BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CEUPACS setuju COLA dikaji semula

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
06azih_1547193107.jpg


PRESIDEN CUEPACS, Datuk Azih Muda

KUALA LUMPUR : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengalu-alukan cadangan kerajaan mengkaji semula elaun kos sara hidup (COLA) bagi pegawai kerajaan berikutan kos sara hidup yang makin meningkat.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata kos sara hidup yang kian meningkat itu bukan saja dirasai kakitangan awam di bandar tetapi di kawasan luar bandar.

Katanya, keadaan itu tidak selari dengan kenaikan gaji diterima kakitangan kerajaan menyebabkan beban hidup semakin dirasai.

“Kerajaan bukan saja wajar memikirkan untuk mengkaji semula COLA tetapi menimbang kenaikan untuk semua lokasi tanpa mengira sama ada kakitangan berkhidmat di bandar atau luar bandar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran semalam bahawa kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengkaji semula COLA bagi pegawai kerajaan.

Kulasegaran dipetik berkata, kali terakhir COLA untuk pegawai kerajaan dikaji semula ialah pada 2012 dengan jumlah ditetapkan pada RM300, RM250, dan RM150 tertakluk kepada lokasi penempatan.

Azih berkata, kajian semula COLA tepat pada masanya sebagai salah satu usaha memberi kebaikan kepada kakitangannya, khususnya kakitangan kumpulan sokongan satu dan dua.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/518640/ceupacs-setuju-cola-dikaji-semula
 
baik takyah kaji, japlg terus dia mansuhkan haha
 
NUBE punya COLA naik dari 500 ke 600.... gaji naik antara 6 ke 17%... malu la dia sebagai presiden cuepecs kalau x minta lebih dari skrg...gaji despatch yg keje baru 5 tahun je dah mcm gaji baru pegawai berijazah kerajaan cecah 3k...tu lum campur elaun makan kalau ot, elaun cermin mata, elaun teksi elaun macam2 la....
 
kaji utk diteruskan cola pun da cukup dari dia masuh terus.....
 
dah bunyi dah budak swasta tuu..jap lg terus melarat swasta vs gomen..mcm tu la sejak azali dlm cg ni klu sntuh bab gaji gomen..mampoihh..
 
silap2 dikaji untuk dikurangkan/mansuh.
elaun tidak kekal
 
Back
Top
Log in Register