jomorex
Fun Poster
- Messages
- 104
- Joined
- Jun 20, 2010
- Messages
- 104
- Reaction score
- 7
- Points
- 15
Kisah ini sumbangan suami kakak. Harap yang baik jadiakan teladan, yang buruk jadi sempadan.
Jika anda juga ada kisah yang dapat dikongsi bersama, saya amat mengalukan. TQ
Salam Maal hijrah
Hari ini aku benar sayu bila tanggal 1 Hijrah menjelma lagi. Masih segar di ingatan
1 hijrah yang lalu aku bersama isteri tercinta dan anak berpindah dari Shah Alam
ke Krubong Melaka kerana ingin berhijarah dari kepompong kesusahan yang membaluti.
Dengan berbekalkan personal loan dari adikku RM2000 dan saki baki semangat kami melangkah
tanpa tahu apa yang sedang menanti. Setelah 2 minggu gentayangan di rumah mertua ku,
akhirnya dapat juga aku cari kerja di Taman Perindustrian Taman Merdeka. Gaji agak kecil,
tapi bolehla nak survive kat Melaka. Ngam-ngam aku dapat kerja, isteri pula mengadu pening loya.
Mmmm.. masing-masing terdiam dalam debaran. Bila Staff Nurse Klinik Desa Sri Krubung memberi
ucapan tahniah kerana disahkan hamil. Isteriku hanya terdiam. Staff Nurse yang sepatutnya
senyum jadi berkerut kening kebingungan.
Apa nak buat lambat cabut. Kami terima segala ketentuan Allah yang Maha Esa. Tuhan Maha pemurah
pasti dia akan sertakan setiap kelahiran itu dengan rezekinya yang tersendiri. Syukur setelah
4 bulan berlalu kami mampu melaluinya dengan baik dan mampu menyewa rumah sendiri biarpon perolehan
kurang berbanding di Shah Alam. Aku memulakan activity trading dengan seluruh kekuatan (tanpa duit di bank)
dan semangat baru, dari makan tengahari dengan lauk kari kacang kuda mula berubah seperti kebiasaan.
Syukur hasil trading dah mampu cover, abis cikaipun belanja dapur beres. Bila keadaan semakian baik
mulala menggatal tekak nak steak, sea food dan aperjerla.
Hingalah tanggal 15 Appril 2011, cuti umum bagi negeri Melaka sempena pengishtiharan Melaka Bandaraya
Bersejarah. Pagi itu aku jengok Meta4 sambil santai jer. Pulang dari solat jumaat di Masjid kampong Tampoi
baru aku serious mengadap mau cari popit. Entah kenapa ENTRY yang di buat serba tak kena. Aku layan gak
hingga petang. Sampailah kepala terasa macam sewel, tukar leverage besar dan bantai cow-cow punya.
” Engkau nak duit aku yer.. Nah ambik semua..” aku membebel sorang.
Lip, lap, tup, tap, tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuutttttttt. Terus Margin Call.
Padan ngan muka aku. Dalam keadaan tertekan hujung minggu itu juga aku balik Shah Alam.
Maafkan aku Mr Ong ( Bos EMS Automation ) sebab tinggalkan kerja macam tu jer.
Kebetulan bapak ada satu rumah kosong, maka kami anak beranak landing di situ. Aku cuba lagi untuk bangkit,
Ogos 2011 sewel aku datang lagi dan terus kecundang. Pastu aku rehat layan demo jer sebab nak tunggu
kalahiran anak kedua. Tanggal 12 September 2011, anak keduaku selamat dilahirkan di HTAR Klang.
Aku beri nama Ahmad Zubair. Kelahirannya member semangat untuk aku bangkit lagi, hari demi hari
semakin positif. Sekurangnya boleh withdaraw joli melayan anak tekak nak makan itu ini. Tapi sama juga,
selasa lepas sewel aku datang, pujuk isteri untuk beri password, tukar leverage besar dan macam biasa
terus Margin Call. Sedih sungguh bila lihat wajah isteri yang sabar dan anak-anak yang masih tak faham apa benda.
Tapi aku yakin Maha Pencipta ingin sedarkan tentang sesuatu. Mungkin soal keutamaan tanggung jawap yang
sepatutnya. Dalam diam aku terfikir bagaimana tanggung jawapku pada agama, negara, bangsa, mak bapak, mertua,
isteri, anak, adik beradik, jiran, kawan dan apa juga yang sepatutnya menjadi tanggung jawabku. Hakikatnya
semua mula rosak bila aku berkenalan dengan Cik Forex nih. Rasa cinta pada Cik Forex yang mendalam membawa
aku hanyut dialam fana cinta yang menyiksakan. Sesekali terfikir aku untuk melepaskan talak 3 pada Cik Forex
kerana tak sanggup berdepan Cik Marginah. Tapi jika aku keputusanya, apa yang dapat aku lakukan dengan
keadaan diri yang dah bank BLACK LIST (sebab tolong orang), tak ada simpanan,
KWSP cuma 50k jer (masa tua nanti macam-mana).
Puas aku dan isteriku mencari sebab supaya aku berpisah kasih dengan Cik Forex, hingga saat ini masih
belum ada alasanya. Namun kerelaan isteriku bermadukan Cik Forex hanya cukup berbaloi jika aku mampu
menjadi Forex Trader yang consistence.
Mampukah aku………….. Mampukah aku………….. Mampukah aku….
Sesak nafas bila persolalan itu bermain di minda. Rasanya seperti aku mampu, tapi hakikat aku tak pernah mampu
sejak 4 tahun lalu. Sehinggakan kekawan yang pernah aku ajar trade LIVE hairan bagaimana seorang seperti aku
sering kecundang. Jalan mana yang harus aku pilih, kiri atau kanan, belakang atau depan.
“Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan petunjuk, jika aku terus melangkah perkasakanlah aku dengan jiwa
seorang Trader yang bahagia. Jika aku harus berhenti, tunjukkanlah aku apa sebabnya”.
- AMIN -
Semoga Hijrah 1433 membawa kita berhijrah menjadi Trader Bahagia.

Last edited: