BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ceroboh Kuil Di Rawang: Polis Tahan Empat Lelaki

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80
fb47d2baebd84000f594631b574ef83368aaebb68e233

Datuk Shazeli Kahar

Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pencerobohan sebuah kuil di Rawang, Selangor hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata penahanan tersebut dibuat susulan aduan yang diterima daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian meroboh kuil yang dibina tidak mengikut peraturan di kawasan terbabit.

“Hasil siasatan mendapati sebahagian kuil telah dirobohkan tanpa ada perbincangan serta tiada pemberitahuan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pengadu sebelum aktiviti pembersihan tersebut dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shazeli berkata empat lelaki yang ditahan itu berusia 26 hingga 39 tahun dan pihaknya turut merampas sebuah traktor pertanian (backhoe).

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427/295/504/447 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi serta kekal rasional dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum, agama atau mengganggu ketenteraman awam.

“Polis memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara profesional, telus dan adil berlandaskan lunas undang-undang,” katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Eqhmal Hakimi Zainodin 013-611 7371 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polid Daerah Gombak 03-6126 2222.

Terdahulu, media melaporkan seorang aktivis kempen membantah kuil yang dibina tidak mengikut peraturan ditahan polis selepas disyaki merobohkan kuil di Taman Rawang Perdana awal pagi tadi.

 
hahahaha,minta kat pbt katanya tgwb owner,sekali owner ambik tindakan sendiri kena tangkap hahahahha
 
Kerajaan gagal dalam isu ni.....dari zaman BN, ke zaman PN, pastu PH-BN, semua masih gagal dan kalah dengan hindu......tanah ada owner kot.....ko pergi buat kuil tu kenapa??? Kalau buat masjid atas tanah ceroboh pun salah, ini buat kuil pastu sembang pasal toleransi......nonsense......kikikikikikiki
 
fb47d2baebd84000f594631b574ef83368aaebb68e233

Datuk Shazeli Kahar

Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pencerobohan sebuah kuil di Rawang, Selangor hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata penahanan tersebut dibuat susulan aduan yang diterima daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian meroboh kuil yang dibina tidak mengikut peraturan di kawasan terbabit.

“Hasil siasatan mendapati sebahagian kuil telah dirobohkan tanpa ada perbincangan serta tiada pemberitahuan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pengadu sebelum aktiviti pembersihan tersebut dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shazeli berkata empat lelaki yang ditahan itu berusia 26 hingga 39 tahun dan pihaknya turut merampas sebuah traktor pertanian (backhoe).

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427/295/504/447 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi serta kekal rasional dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum, agama atau mengganggu ketenteraman awam.

“Polis memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara profesional, telus dan adil berlandaskan lunas undang-undang,” katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Eqhmal Hakimi Zainodin 013-611 7371 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polid Daerah Gombak 03-6126 2222.

Terdahulu, media melaporkan seorang aktivis kempen membantah kuil yang dibina tidak mengikut peraturan ditahan polis selepas disyaki merobohkan kuil di Taman Rawang Perdana awal pagi tadi.

laju jerrr kan?patutnya ko tangkap org yg rampas tanah...
 
kalau Najib ade lg nie.. mesti dia ade cara nak selesaikan dgn berhemah
 
Back
Top
Log in Register