BTC USD 85,574.3 Gold USD 4,343.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cerita seksa catuan air

tak lama dah kot.

maklumlah, hujan dah mula turun.

Syabas kepada penduduk yg terlibat kerana masih dapat mengawal keadaan.
 
selangor ni mcm besar sangat la pulak nak buat empangan banyak-banyak..
yang air lombong tu bukan disalurkan ke empangan@loji rawatan ke utk dirawat..

Nak buat empangan ni bukan kat semua sungai sesuai di empang. Selalunya empangan dibuat di sungai2 besar yang mana ia adalah cantuman daripada sungai2 yang kecil. Aku tak tahu pulak Selangor ni banyak sungai besar.

Berkenaan air lombong tu memang betul air lombong terdedah kepada pencemaran. Ada setengah2 pencemaran yang tidak boleh dirawat di loji rawatan air seperti baru2 ni kes pencemaran diesel dan ammonia di beberapa empangan di Selangor sehingga menyebabkan beberapa LRA terpaksa ditutup.

Dalam kes lombong ni, tanah bekas lombong tu tanah yang mengandungi ore/bijih hasil pengoksidaan dan metal. Yang mana bila bijih itu terdedah kepada udara dan air ia akan bertindak balas menghasilkan asid seperti asid sulfurik yang akan mencemarkan air di kolam lombong tu. Bila tahap keasidan air kolam tu mencapai sesuatu tahap ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria dalam air tersebut. Pencemaran asid ni boleh menyebabkan hidupan air mati. Proses ni akan berterusan sehingga sulfid tersebut habis semuanya yang mana ia akan mengambil masa beratus atau beribu tahun. Dan terus terang aku tak tahu tahap kualiti air lombong di Selangor macam mana dan sama ada pencemaran asid ni boleh dirawat di LRA atau tidak.

Kedua logam yang dilombong itu sendiri bila terdedah kepada air berasid akan bertindak balas menghasilkan toksik logam. Sekali lagi adakah lombong di Selangor selamat dari ancaman toksik logam? Dan adakah LRA mampu merawat air yang tercemar dengan toksik logam?

Ketiga, dalam proses melombong yang dijalankan dahulu campuran bahan kimia mungkin digunakan untuk mengasingkan logam dari bijih. Adakah lombong2 ni selamat dari pencemaran bahan kimia ni dan adakah airnya boleh dirawat?

Benda2 ni semua perlu dikaji dan disiasat sebelum tindakan menggunakannya diambil. Aku musykil sebab 4 tahun dulu ketika kerajaan negeri kata Selangor banyak lombong yang boleh dijadikan sumber air, beberapa pakar hidrologi dah beri amaran di akhbar2 tentang bahaya air lombong. Amaran itu dibuat ketika Selangor belum mengalami krisis air lagi. Dan setahu aku sejak dari 4 tahun lepas tidak ada apa2 tindakan dari kerajaan negeri untuk menjadikan air lombong sebagai alternatif sumber air sehinggalah bila krisis air dah jadi kritikal baru2 ni. So, adakah pakar2 hidrologi ni menyepikan diri sekarang kerana mereka dah terdesak? Jangan kerana terdesak keselamatan rakyat dipertaruhkan.
 
Dulu pernah rasa perit tiada air waktu tinggal di flat. Mau berpuluh botol air minuman terpakai spare just utk melepaskan hajat. Waktu duduk housing area ni pernah kena catuan, sampai mandi selamba je kat Tong Spare yg ditinggalkan Syabas. Alhamdulillah, dalam ramai kena catuan kat Selangor, tetiba je kawasan aku terselamat. Mungkin tangki air besar masih boleh menampung penduduk kat sini. Bersangka baik, kerajaan pasti berusaha sedaya upaya utk selesai kemelut ini.
 
itu padan ngn waktu kemarau..skng nie waktu kemarau ke??

pelik tol sampai kene catu..hari2 ade ujan

sistem kita yg salah kot..

hari2 hujan kalau tak hujan kat tmpt tadahan pon sama jugak kan?
aku penah lalu kat melawati, bhgn kedai2 tu hujan lebat. bhgn perumahan kering je x hujan. pdhal sebelah2 je.
 
hari2 hujan kalau tak hujan kat tmpt tadahan pon sama jugak kan?
aku penah lalu kat melawati, bhgn kedai2 tu hujan lebat. bhgn perumahan kering je x hujan. pdhal sebelah2 je.

Bahagian perumahan tu mesti sampai sekarang xkena hujan sama macam tempat tadahan kan?Sesuai ternak unta tu..
:)cgrock
 
antara tanda 3 tahun sebelum kemunculan dajjal, mengikut hadis bukhari dan muslim ialah,

1) tahun pertama dikurangkan 1/3 air hujan
2) tahun kedua dikurangkan 2/3 air hujan
3) tahun ketiga dikurangkan 3/3 air hujan
4) tahun keempat keluarnya dajal laknatullah

sumber pengajian ustaz Wadi Annuar

kalau ikut hadis nie mcm dah lengkap tahun nie untuk dijadikan ciri tahun pertama,

sebab dah 4 bulan berlarutan hujan kurang, ada tapi masih kurang.
maksudnya 4 / 12 bulan = 1/3

mengikut ustaz Fawwaz mat jan pulak, NASA membuat kajian tahun depan akan naik matahari sebelah barat, berdasarkan kiraan pergerakan kutub utara dan selatan yang berganjak setiap tahun,

wallahualam...:((
 
6 tanda besar kiamat mengikut hadis sahih bukhari dan muslim ialah,

1) terbitnya matahari sebelah barat
2) keluarnya binatang berkaki empat ( untuk menanda kafir dan mukmin)
3) turunnya asap atau awan
4) keluarnya dajal
5) Turunnya nabi Isa A.S
6) keluarnya yakjud makjud
 
antara tanda 3 tahun sebelum kemunculan dajjal, mengikut hadis bukhari dan muslim ialah,

1) tahun pertama dikurangkan 1/3 air hujan
2) tahun kedua dikurangkan 2/3 air hujan
3) tahun ketiga dikurangkan 3/3 air hujan
4) tahun keempat keluarnya dajal laknatullah

sumber pengajian ustaz Wadi Annuar

kalau ikut hadis nie mcm dah lengkap tahun nie untuk dijadikan ciri tahun pertama,

sebab dah 4 bulan berlarutan hujan kurang, ada tapi masih kurang.
maksudnya 4 / 12 bulan = 1/3

mengikut ustaz Fawwaz mat jan pulak, NASA membuat kajian tahun depan akan naik matahari sebelah barat, berdasarkan kiraan pergerakan kutub utara dan selatan yang berganjak setiap tahun,

wallahualam...:((

x habis2 ngn kajian nasa.
 
hujan dah lebat sejak 2 minggu ni tapi sayangnya tidak kene di kawasan tadahan air... harap terus bersabar.

masih beruntung diaorang, lori syabas datang siang.. tempat aku dalam sebulan aritu, lori datang biasa pukul 1-2 pagi.

lepas tu catuan dalam sebulan.. sekarang dah ok :D
 
Back
Top
Log in Register