BTC USD 80,912.1 Gold USD 4,154.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cerita Para Wali2 Allah.

aKU plak cacai angkat apa erkkk....rasanya aku tukang tarik line merah dari Sedap ke Ampang kot...... :D

p/s: Qiq ....dah byk hari aku tk study wehh....tertidur depan pc sampai ke pagi... :D

dasyat tu sampai tido dpn pc...kalau nak mari rogerlah...
 
tengok la kalau tkde aral melintang pukang aku calling calling laaa.....
 
member aku ada cerita mengenai diri dia sendiri.peristiwa ni berlaku kpdnye dlm tahun 70an.datuknya seorg yg alim....ketika itu umurnya baru 12 thn,dia tlh di suruh oleh datuknye utk melalui satu amalan selama 40 hari.pada satu pagi,datuk nya pun bertanya kpdnya.....hari ni hari ke berapa?dia pun jawab hari ke 35.datuknya pun mengingati nya supaya berhati2 pada hari ini.nak di jadikan cerita.....ketika dia sedang bersolat,tiba2 muncul seorg tua bersolat disebelah dia.setelah memberi salam,org tua itu pun menyapanya.ketika itu jugak org tu pun menyeluk tangannya kedlm jubahnya dan mengeluarkan sekeping roti...lalu diangkat jubahnya....kelihatan kakinya yg berkudis/tokak bernanah dgn bau yg cukup hanyir.disapunya roti tu pada nanahnya lalu diberi pada member aku dan disuruh makan.member aku tu menolakya kerana tak tahan dgn bau hanyir.dia kata dia tak tergamak nak makan roti tu.selepas tu org tua tu pun hilang.dia pun bagi tau datuknya.....datuknya marah balik kat dia sbb tak makan roti tu.datuknya bagitau,org tua tu adalah nabi khidr as....dtg utk mengujinya.
 
HUhhh...!!!....goyang jugak rasanya nak try tuh....tapi betoi la ujian tu datang dgn macam2 cara kan....
 
ok cerita pertama dari saya berkenaan moyang saya moyang saya adalah salah seorang khalifah kepada keramat lubuk pusing yang lebih dikenali sebagai kiai ahmad marzuki beliau telah menjalani suluk yang panjang dengan mursyid beliau

ketika usia mudanya beliau telah membuka kampung parit baru kiranya beliau adalah peneroka awal di kampung tersebut namun beliau lebih cenderung kepada amalan tariqat ahli sufi dan sering bersuluk selama 40 hari untuk mendekatkan diri kepada tuhan

pada suatu hari sahabat beliau telah berkahwin lagi pada malamnya moyang perempuan saya telah berfikir sebelum tidur detik hatinya moyang perempuan berkata 'apalah dikehendak lagi dek embah yyyy(nama terpaksa dirahsiakan)anak perempuan dah ada lelaki dah ada masih nak kawin lagi macam tak sedar diri tu dah tua tak sedar punya orang tua

tiba tiba dalam tidur moyang lelaki saya berkata seperti orang mengigau kau tu jaga bebaik diri kau ntah syurga ntah neraka jangan sibuk jaga hal orang dan beliau teruskan dengkurnya

terkejut katak moyang perempuan saya dan sungguh kehairanan dia bagaimana suaminya dapat membaca hati nya sedangkan beliau telah tidur

pada saya terdapat banyak lagi kisah keramat wali wali insyaallah saya akan ceritakan sedikit demi sedikit antaranya tentang keramat lubuk pusing,keramat habib noh dan laian lain insyaallah kita sama sama nantikan
 
terima kasih kepada tuan tanah yang sudi membuka thread ini kerana mengingati wali tuhan dapat mendatangkan keberkatan
 
sekarang lak saya nak cerita berkenaan keramat habib noh yang berada di singapura

kisah benar ini saya dapat dari ibu saya sendiri ketika saya masih kecil saya dan orang tua saya menetap di singapura di bukit merah salah sorang jiran kami yang bernama makcik esah kalau tak silap saya mempunyai ramai anak tetapi yang menghairankan adalah anak bungsu beliau

anak bungsu beliau adalah seorang perempuan yang menghairankan anak perempuannya tidak pernah menjamah makanan dari kecil sampai lah ke usia anak dara beliau hanya memasak makanan untuk keluarganya tetapi beliau tidak pernah makan masakan yang dimasak nya bila ia disuruh makan ia hanya menjawab keramat habib noh sudah bawakan makanan untuk beliau makan

sehingga menghairankan ibu saya dan bertanya kepada makcik esah menurut makcik esah sebelum menngandungkan anak bungsunya beliau pernah berdoa di maqam keramat habib noh supaya tidak mengandung lagi kerana beliau bimbang anak anak beliau yang sangat ramai senang cakap takut tak cukup makan ditambahkan lagi dengan pendapatan suaminya yang sangat kecil

namun doa beliau tidak di qabulkan anak bungsunya telah lahir kedunia tetapi yang menghairankan anak nya tdak pernah makan dari kecil hingga ke besar bersesuaian lah dengan ketakutannya takut anak anaknya yang tak cukup makan

begitulah kekeramatan wali tuhan bukan sahaja ketika beliau masih hdup malah setelah beliau pergi berlindung juga

bagi yang tidak mempercayai cerita ini terpulanglah anda anggap sahajalah saya menipu kerana saya tidak mampu membuktikan apa apa tentang cerita ini tapi bagi yang mempercayai nya maka anda sedang menghayati kekeramatan kekasih allah yang dikurniakan sebagai tanda kemuliaan kekasih di sisi kekasihnya

jika anda ingin mengetahui kekeramatan keramat habib noh anda boleh lah merujuk kepada buku 7 wali tanah melayu

insyaallah jika berkelapangan saya ingin menceritakan kekeramatan keramat lubuk pusing kiai haji marzuki yang diceritakan oleh moyang saya kepada anak anak nya selanjutnya kepada kami cicit cicit nya mudahmudahan ia aka menjadi idola kepada kita untuk menjadi kekasih tuhan kerana jika kita tidak cuba menjadi kekasih tuhan kita tentu akan menjadi orang yang dibenci tuhan sebab kasih lawannya benci wallahu subhanahu wataala a'lamu
 
hehehe snyap jer tempat ni mungkin kisah kisah wali tuhan tak menjadi kegemaran orang kot tapi takperla saya ingin tambah koleksi cerita wali tuhan kat sini sebagai tatapan dan renungan bersama

kisah selanjutnya adalah kisah kekeramatan wali allah kiai marzuki atau lebih dikenali sebagai keramat lubuk pusing

terlebih dahulu sebelum saya menceritakan kisah beliau saya ingin meminta maaf dengan keturunan beliau yang membaca kisah ini jika terdapat kesilapan fakta dalam penulisan ini kerana saya hanya mendapat sumber dari kaca mata moyang saya yang menjadi salah seorang khadam dibawah tapak kakinya beliau

dan cerita ini ditulis bukanlah dengan apa apa niat hanya ingin mengenang semula kisah kisah mereka yang dicintai dan diredhai oleh tuhan

salah satu karamah beliau adalah ketika pembukaan masjid lubuk pusing diwaktu itu tidak terdapat minyak tanah atau minyak gas beliau telah mengarahkan pengikutnya supaya mengambil air sungai untuk menghidupkan lampu pelita sebanyak 3hingga 4 tin minyak tanah

apa yang menghairankan pelita pelita dapat dihidupkan hanya dengan menggunakan air sungai shj

insyaallah dimasa akan datang saya akan menceritakan pula bagaimana kg lubuk pusing mendapat nama dan bagaimana lubuk pusing hanya tinggal nama sahaja dan kaitan nya dengan kekeramatan kiai haji marzuki atau lebih dikenali keramat lubuk pusing
 
banyak betul cerita2 pasal wali2 Allah dari sebelah nusantara ropanya ... teruskan mengepos cerita2 yang 'rare' kawan2 ... hehe
 
Back
Top
Log in Register