BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cerita di zoo

kiki lala

Fun Poster
Messages
106
Joined
Sep 22, 2010
Messages
106
Reaction score
0
Points
10
Seorang pemuda menerima tawaran kerja daripada sebuah zoo tanpa bertanya jenis pekerjaannya. Sebaik melaporkan diri, dia diberikan uniform berbentuk gorila. Tugasnya sepanjang hari ialah beraksi di kandang gorila bagi menggantikan haiwan itu yang mati beberapa hari lalu. Untuk itu dia perlu memanjat, bergayut dan berayun dari pokok ke pokok.

Lama-kelamaan pemuda tersebut merasa seronok dengan tugasnya. Namun pada suatu hari minggu yang sibuk, kerana terlalu penat berayun, tiba-tiba tangannya terlepas dan dia terjatuh ke dalam kandang singa.

Apabila melihat singa menghampirinya pemuda itu menjerit ketakutan. "Tolong, tolong! Aku bukan gorila, aku manusia!" jeritnya.

Perlahan-lahan singa berbisik ke telinga pemuda itu . "Hey! Diamlah, kalau tidak kita berdua akan dipecat," kata singa itu.

sorry klu dh ade....:)cgrock
 
ntoh ler... orang pon kene jadi binatang lak..

ingatkan aku ada pepatah yg mengatakan :
dikalangan haiwan tiada manusia tetapi dikalangan manusia ada haiwan..
 
ntoh ler... orang pon kene jadi binatang lak..

ingatkan aku ada pepatah yg mengatakan :
dikalangan haiwan tiada manusia tetapi dikalangan manusia ada haiwan..

betul...skrg berleluasa manusia berperangai haiwan....
 
dah berapa kali ulang tayang daaa...
 
wahhh,semua haiwen kat zoo tu adalah org
 
Back
Top
Log in Register