Pakcik_Kordi
Passed Away - Al Fatihah
- Messages
- 4,139
- Joined
- Mar 31, 2008
- Messages
- 4,139
- Reaction score
- 0
- Points
- 20
Apabila lidah rasmi Pas, Harakah edisi onlinenya mendakwa media memanipulasi kenyataan-kenyataan perwakilan parti itu pada muktamarnya baru-baru ini berhubung keretakan dalam hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), ia seolah-olah menafikan rasa resah dan gelisah ahli akar umbi.
Rasa tidak puas hati ahli-ahli Pas terhadap layanan yang diterima daripada pemimpin dan kerajaan pimpinan PKR bukan lagi rahsia.
Mereka kecewa dengan sikap pemimpin PKR yang hanya mengambil kesempatan menggunakan jentera dan tenaga Pas untuk berkempen semasa musim pilihan raya. Tetapi apabila sudah menang sumbangan yang diberikan itu bukan sahaja tidak dihargai malah dinafikan.
Itulah yang dibangkitkan oleh wakil Dewan Pemuda Pas Selangor, Zulkifli Ahmad bahawa parti dalam pakatan pembangkang tidak akan berjaya jika Pas dan jenteranya tidak turun bekerja.
Luahan rasa kecewa beliau itu merupakan pernyataan terbuka ahli yang mahukan pemimpin-pemimpin Pas tidak hilang arah dan mabuk kuasa semata-mata kerana kononnya 16 September ini pembangkang akan menumbangkan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan.
Tetapi seperti biasa, dalam meraih sokongan dan bantuan pemimpin PKR akan menyalahkan media kononnya memberikan gambaran yang salah tentang apa yang berlaku.
Seolah-olah apa yang dibangkit oleh perwakilan pada muktamar itu tidak benar dan rasa tidak puas hati dan kecewa itu tidak wujud.
Sebab itu dalam temu ramah eksklusif dengan Harakah, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kononnya jentera Pas banyak membantu pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Kenyataan Anwar itu tentu ada makna yang tersirat. Jentera kempen Pas memang terkenal dengan keberkesanan mereka terutama dalam menyerap dan mempengaruhi pengundi di peringkat bawah.
Oleh itu peranan penting jentera pilihan raya Pas pada pilihan raya umum lalu yang membolehkan pembangkang menguasai lima negeri sudah tentu tidak boleh di ketepikan di Permatang Pauh.
Salah satu cara untuk mengatakan PKR menghargai apa yang dilakukan Pas ialah dengan mengatakan media memutar belitkan fakta.
Sedangkan sudah terang lagi bersuluh apabila sebahagian besar para perwakilan pada muktamar Pas meminta pemimpinnya supaya berhati-hati dengan pujuk rayu rakan pakatan mereka terutama PKR yang kadang-kadang dilihat ***** di luar runcing di dalam.
Sebab itu ada pihak melihat kenyataan Anwar memuji-muji peranan Pas itu sebagai usaha untuk memancing usaha yang lebih gigih daripada jentera adan akar umbinya dalam usaha menjayakan misi PKR mengekalkan kedudukan di Permatang Pauh.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Selangor, Mohd. Sani Hamzah merupakan antara mereka secara terbuka berani melahirkan rasa tidak puas hati beliau dengan sikap PKR selepas pilihan raya umum lalu.
Pada beliau, PKR bersikap kacang lupakan kulit dan 'lupa diri' apabila mendakwa kemenangan pakatan di Selangor adalah hasil usaha mereka sahaja.
"Bila ceramah cari Pemuda Pas, kutip sampah cari Pemuda Pas, ada masalah cari Pemuda Pas tetapi bila dah menang dalam membentuk kerajaan mereka mengenepikan Pas.
"Sebelum pilihan raya rintih minta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen walaupun mereka tidak mempunyai sokongan akar umbi," rintih Mohd. Sani di hadapan barisan kepimpinan Pas.
Itulah yang berlaku pada sambutan 100 hari pemerintahan PKR di Selangor apabila dalam ribuan bendera parti yang dikibarkan tidak ada satu pun bendera Pas seperti yang dibangkitkan oleh Mohd. Sani.
Ibarat habis madu sepah dibuang, itulah yang dirasakan oleh Dewan Pemuda Pas Selangor seperti yang diluahkan pada muktamar lalu.
Tetapi seperti biasa, apabila rasa tidak puas hati itu dilaporkan, media juga yang dipersalahkan kononnya memanipulasi berita untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Sepatutnya, Pas boleh menilai siapa sebenarnya yang memanipulasi situasi untuk kepentingan peribadi.
Sampai bila pemimpin Pas dan lidah rasminya mahu memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap rasa tidak puas hati dan keluh kesah penyokong mereka.
Mereka ini sanggup memanjat bukit dan menuruni lurah semata-mata atas nama Islam yang kononnya diperjuangkan oleh Pas.
Tetapi pada masa yang sama Pas membiarkan dirinya dijadikan alat untuk membolehkan Anwar mengejar impian menjadi Perdana Menteri dan menjayakan cita-cita 'Malaysian Malaysia' DAP.
Tidakkah pemimpin parti Islam itu lidah rasminya mendengar rintihan Pas Pulau Pinang yang merasakan kehadiran dan sumbangan mereka di pulau mutiara itu seolah-olah tidak diperlukan.
Oleh itu, sebelum bertindak menyalahkan pihak lain terutama media, pihak pembangkang perlu menilai terlebih dahulu apa yang telah mereka lakukan.
Tentunya mustahil setiap benda yang berbangkit adalah manipulasi pihak media. Berapa banyak manipulasi yang boleh dilakukan?
Lebih-lebih lagi dalam era maklumat tanpa sempadan sekarang dengan laporan Internet mendahului media-media konvensional seperti akhbar dan televisyen.
Berpijaklah di bumi. Jangan hanya kerana baru terpandang sebiji bintang di langit rumput di kaki sudah tidak kelihatan.
Bagi PKR, mereka amat memerlukan bantuan daripada jentera Pas dalam menghadapi saingan getir mempertahankan Permatang Pauh.
Kemenangan di Permatang Pauh merupakan landasan untuk membolehkan Penasihatnya terus bermimpi menjadi Perdana Menteri.
Jika bukan ahli-ahli Pas, siapa lagi yang akan melakukan kerja-kerja remeh seperti memanjat pokok dan tiang untuk memasang poster dan bendera? Tidak mungkin ahli-ahli dan pemimpin PKR mampu melakukan kerja-kerja tersebut.
Sebab itu dalam temu bual dengan Harakah Anwar terpaksa melembutkan lidah memuji peranan Pas walaupun telah terbukti selepas menang di Selangor Pas dipinggirkan.
Bila bercakap soal manipulasi, Dewan Ulama Pas sendiri tidak puas hati dengan manipulasi Harakah hingga sanggup meminggirkan mereka demi memberi ruang kepada pihak lain termasuk DAP dan PKR.
Dewan Ulama Pas melahirkan rasa sedikit kecewa terhadap media cetak terutamanya lidah rasmi parti itu iaitu Harakah kerana kurang memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan pandangan mengenai isu semasa membabitkan umat Islam.
Ketuanya, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, suara ulama sendiri kurang didengari oleh lidah rasmi Pas itu.
''Kita minta kepada Harakah supaya ambil perhatian, kerana banyak pandangan daripada ulama tidak disiarkan.
''Dewan Ulama juga perlu diberi ruang untuk menyuarakan pandangan dalam isu semasa," katanya
Jadi pemimpin Pas tentu boleh berfikirdalam soal ini siapa yang telah dimanipulasi.
Rencana Pengarang : Utusan Malaysia 22.08.2008
PCK : PAS tunggu apa lagi..Cepat keluar dari Pakatan Rakyat