BTC USD 83,805.0 Gold USD 4,186.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CEO PNB Jalil Rasheed letak jawatan

Bab kroni, cucu saudara tu saya pun tak pasti. Bab dia nie power buat kerja, pegang jawatan CEO kat 2,3 companies pun saya takleh comment, mungkin dia memang betul2 power.

Tapi kalau betul ada gangguan macam yang dia bagitau, boleh buat report polis, report kat SKMM. Dia kan CEO, jawatan tertinggi dalam syarikat. Boleh handle company besar, handle staff, tentukan hala tuju syarikat, takkan la kena benda macam tu sampai boleh letak jawatan. Pada saya itu macam alasan yang dibuat-buat untuk cover alasan sebenar.
tapi tuan.. dari tengok muka beliau ni, macam budak nerd. so mungkin takut dengan ugutan.... dan tak mustahil la kot.. ntah... sekadar anggapan
 
suh la dia report polis. memekak dlm socmed buat apa. nk raih simpati ke. klo dia pandai bt keje nk risau apa? lps nie mesti byk kampeni nk amik dia kerja dgn gaji lg lumayan
sekarang ni socmed lagi power daripada pihak polis...hikhikhihkhihkhihhk
 
tapi tuan.. dari tengok muka beliau ni, macam budak nerd. so mungkin takut dengan ugutan.... dan tak mustahil la kot.. ntah... sekadar anggapan
Kalau jadi CEO nie, tiap2 bulan nak present kat BOD, stakeholders, ini lagi ngeri rasanya. Kenapa profit rendah, rugi banyak, imej syarikat buruk kat public, semua tu dia kena jawab.
 
SC Minta Penjelasan PNB Percanggahan Serahan Maklumat Pelantikan Jalil

18.06.2020 - Kuala Lumpur, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) masih lagi menantikan maklum balas daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB) berhubung percanggahan dalam serahan maklumat syarikat bagi pelantikan bekas presiden dan ketua eksekutif kumpulannya (PGCE).

Baru-baru ini, suruhanjaya itu telah dimaklumkan bahawa terdapat percanggahan dalam serahan oleh syarikat kepada SC berhubung kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas PGCE, dan sehingga kini telah menerima pengesahan mengenai percanggahan dalam serahan berkenaan.

“SC ingin menjelaskan bahawa di bawah Panduan Pelesenan SC, sesebuah pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) hendaklah memperoleh kelulusan SC terlebih dahulu bagi pelantikan ketua eksekutifnya.

“Dalam berbuat demikian, pemegang CMSL dan lembaga pengarahnya dikehendaki menjalankan proses ketekunan wajar ke atas keupayaan dan kecekapan individu tersebut untuk mengetuai entiti berlesen,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini termasuk menilai, antara lain, kemampuan individu tersebut untuk mempamerkan kemahiran dan ketekunan wajar dalam melaksanakan tugasnya. katanya.

Di samping itu, SC juga akan menjalankan penilaian kawal selia mengenai latar belakang individu berkenaan dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.

Keperluan dan amalan SC adalah setanding dengan piawaian yang diguna pakai oleh pengawal selia pasaran modal lain di rantau ini, tambahnya.

“Sebagai pemegang CMSL, PNB dikehendaki memastikan bahawa semua maklumat yang dikemukakan kepada SC untuk pelantikan bekas PGCEnya, termasuk pengalaman kerja dan kelayakan akademik yang disertakan dalam borang permohonan dan dokumen sokongan, adalah benar dan tepat setelah ia menjalankan pertanyaan ketekunan sewajarnya.

“Keperluan ini dinyatakan dengan jelas dalam borang permohonan yang berkaitan,” katanya.

Sehubungan ini, PNB telah membuat pengisytiharan kepada SC bahwa semua maklumat yang diberikan dalam serahannya kepada SC untuk pelantikan bekas PGCEnya adalah benar dan tepat.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/530819
 
Sy xkenai dia dn saya xtau latar belakang dia sapa, elok sy xyah komen apa2 takut fitnah noo
 
PNB Siasat Percanggahan Berhubung Kelayakan, Pengalaman Kerja Bekas PGCE

19.06.2020 - Kuala Lumpur, Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah menubuhkan pasukan siasatan untuk menyiasat dakwaan percanggahan mengenai kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya (PGCE), Jalil Rasheed.

Dana milik negara terbesar di Malaysia itu berkata tindakan tersebut berkaitan kenyataan umum yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) semalam berhubung serahan maklumat untuk pelantikan bekas PGCE PNB.

“PNB memandang serius kenyataan umum tersebut dan ingin menyatakan bahawa pasukan siasatan telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.

“Respons awal telah diberikan kepada SC hari ini dan maklum balas terperinci akan dikemukakan kepada SC setelah selesai siasatan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

PNB berkata pihaknya akan terus memberi kerjasama penuh kepada SC dan mana-mana badan kawal selia yang berkenaan berhubung perkara ini, seperti yang telah PNB lakukan dalam semua urusan sebelum ini.

Semalam, SC berkata ia telah dimaklumkan baru-baru ini bahawa terdapat percanggahan dalam serahan maklumat oleh PNB berhubung kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas PGCEnya.

“SC mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkaitan berhubung percanggahan ini. Respons PNB kepada pertanyaan SC masih belum selesai,” katanya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1852817
 
PNB | Ahmad Zulqarnain Dilantik Presiden & Ketua Eksekutif PNB

Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pelantikan Ahmad Zulqarnain Onn sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu berkuat kuasa 1 Julai ini.

​
 
Takkan syarikat besor US mcm Invesco pakai graduan 3rd degree kot? Bukan kaleng2 punya co ni

Kat singapore plak tu...diorg tak check ke back ground si Jalil ni?:unsure:

======

 
Last edited:
Back
Top
Log in Register