BTC USD 83,600.0 Gold USD 4,170.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CEO PNB Jalil Rasheed letak jawatan

"Kenapa Perlu Kempen Kotor ? "- Bekas CEO PNB Pertahan Ijazah LSE

17.07.2020 - Kuala Lumpur, Bekas Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) Jalil Rasheed mempersoalkan 'kempen kotor' berhubung kelayakan akademiknya dan menggesa kerajaan menumpukan perkara lebih penting.

Semalam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerusi sesi soal jawab di Parlimen berkata London School of Economics and Political Sciences (LSE) mengesahkan terdapat perkara “tidak konsisten” berhubung ijazah dimiliki Jalil.

Muhyiddin berkata, Jalil, 38, meletakkan jawatannya selepas Suruhanjaya Sekuriti meminta penjelasan daripada PNB mengenai isu tersebut.

Menerusi beberapa siri ciapan di Twitter hari ini, Jalil menjelaskan dirinya merupakan “pelajar luar” dari LSE yang bermaksud beliau menjalani kuliah dari luar kampus.

“Itu adalah fakta yang diketahui semua pekerja dan kawan,” katanya.



Jalil turut mengulangi sebab beliau melepaskan jawatan PNB adalah untuk tidak 'berperang dengan hati nuraninya sendiri' dan bukan mengenai soal ijazahnya.

“Saya letak jawatan sebab saya tak suka perkara yang berlaku sekarang. Jika orang tidak suka saya kembali, boleh bagitahu saja (tiada yang cakap secara terang) dan saya pasti akan letak jawatan. Senang.

“Semua ini tak perlu. Setakat apa yang saya tahu, dah selesai,” katanya.

Mengulas lanjut, Jalil berharap kerajaan akan meneruskan misi untuk membawa sikap professional dalam PNB dan bukannya sasarkan kakitangan.

“Mungkin kita boleh fokuskan isu utama daripada mensasarkan CEO yang sudah letak jawatan. Tolonglah bergerak ke hadapan. Saya sudah,” ciapnya.

Jalil melepaskan jawatannya bulan lalu, sembilan bulan selepas beliau dilantik sebagai ketua eksekutif termuda di syarikat pengurusan dana milik kerajaan itu.

Peletakan jawatannya membangkitkan persoalan sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) benar-benar menghargai anak muda yang berbakat.

Ketua Eksekutif PNB yang baru kini ialah bekas timbalan pengarah urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Ahmad Zulqarnain Onn.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/534912
 
Zaman ph memang ramai kantoi sijil palsu .......... Macam dah jadi kebiasaan pula
 
LSE Sahkan Jalil Rasheed Bukan Graduannya - Laporan

21.07.2020 - Kuala Lumpur, London School of Economics and Political Science (LSE) menjelaskan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB), Jalil Rasheed tidak boleh menganggap dirinya graduan universiti penyelidikan itu, demikian menurut satu laporan.

Ketua Perundangan LSE, Kevin Haynes dipetik The Edge berkata, ijazah dalam bidang ekonomi daripada Universiti London (UoL) tidak sama dengan ijazah daripada LSE.

“Kami tidak menganggap graduan UoL ialah lulusan LSE,” lapor The Edge memetik Haynes dalam e-mel bertarikh 1 Julai lalu menjawab pertanyaan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Menurut laporan itu, sebelum penjelasan itu, e-mel daripada Penolong Pengarah Eksekutif LSE, Leda Cosentino menyatakan ijazah daripada UoL yang bekerjasama dengan LSE, boleh disebut secara tepat sebagai ijazah daripada LSE.

UoL dan LSE menjalin kerjasama di bawah nama UoL.

Menurut laporan itu, jawapan berkenaan menunjukkan kenyataan yang Jalil, memiliki ijazah UoL, bukannya lulusan LSE adalah betul. Jalil meletak jawatan daripada PNB pada 13 Jun lalu, selepas 9 bulan dilantik ke jawatan itu, atas alasan peribadi.

Tetapi, pihak berkuasa dilihat mencadangkan ia berhubung percanggahan dalam kelayakan akademiknya. Pada 16 Julai lalu, Dewan Rakyat diberitahu yang LSE mengesahkan Jalil bukan graduan mereka.

Jalil melalui Twitternya berkata, beliau meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan hala tuju syarikat itu.

“Jika seseorang tidak menyukai saya, (mereka) boleh saja beritahu saya, dan saya akan letak jawatan. Mudah.” Katanya, beliau ialah pelajar luar UoL dan perkara itu diketahui majikan serta rakannya.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...-jalil-rasheed-bukan-graduannya-kata-laporan/
 
Ni dah jadi habit ikut perangai mentor dia,tak layak pun promotion bagi gak...

Ada yg spm pun boleh jadi senior manager,bila cerita akademik kat U,asyik melopong...
 
Lantikan Politik Beri Kesan Buruk Pada Persepsi Pelabur - Bekas CEO PNB

31.08.2020 - Kuala Lumpur, Pelantikan politik yang banyak ke dalam lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan memberi impak "buruk" terhadap persepsi pelabur berkenaan ketelusan dan integriti dalam korporat di Malaysia, kata bekas CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB) Abdul Jalil Rasheed.

Katanya, ia meletakkan negara banyak langkah ke belakang dalam aspek persepsi tersebut.

"Siri lantikan politik mutakhir ini barangkali telah menurunkan kedudukan Malaysia dalam rating tadbir urus korporat.

"Ia barangkali telah menjadikan Malaysia kurang menarik dari sudut pandang pelaburan, terutama daripada pelabur asing," katanya dalam wawancara bersama podcast atas talian, Bicara Minggu Ini.

Jalil berkata pelabur asing akan meneliti aspek ketelusan dan tadbir urus korporat ketika membuat pelaburan dalam pasaran yang meningkat naik.

"Sebagai bekas pengurus dana yang meningkat naik, perkara pertama yang akan kita lihat ialah komposisi lembaga pengarah kerana sebelum membeli pegangan sebuah syarikat, kita ingin memastikan pegangan itu dilindungi dan lembaga pengarah akan bertindak untuk kepentingan kita, walau kita pemegang saham yang kecil.

"Tapi jika anda lihat ada ahli politik dalam (lembaga pengarah), soal persepsi berkenaan kepentingan siapakah yang akan dilindungi terlebih dahulu akan timbul," katanya lagi, yang pernah menjadi CEO sebuah firma pengurusan pelaburan di Singapura sebelum dilantik mengetuai PNB.

Lantikan politik sudah sekian lama menjadi amalan di Malaysia, termasuk ketika pentabdiran PH.

Pada masa itu, anggota Parlimen BN mengkritik lantikan politik oleh PH dengan mengatakan mereka mungkir janji untuk tidak berbuat demikian.

Untuk rekod, menurut Janji 22 dalam manifestonya, ia berkata "kerajaan PH akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan profesional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka".

Manifesto itu juga tidak menyebut untuk tidak membuat lantikan politik bagi jawatan-jawatan lain.

Jalil yang merupakan orang paling muda pernah menjadi CEO PNB, dilantik oleh kerajaan PH pada 28 Ogos 2019.

Dia meletakkan jawatan pada Jun lalu dan digantikan dengan Ahmad Zulqarnain Onn, yang sebelumnya merupakan timbalan pengarah urusan Khazanah Nasional Bhd.

Isu lantikan politik menjadi perhatian sekali lagi selepas kalangan yang dilantik ketika pentadbiran PH - sama ada mereka ahli politik atau tidak - digantikan dengan anggota Parlimen Perikatan Nasional.

Ada pihak mengatakan lantikan itu dibuat untuk mengekalkan sokongan mereka kepada kerajaan dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

1ca68afc672306416f521a6ec47d7e14.png


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/540754
 
Berjaya Corp Bhd lantik Jalil Rasheed jadi CEO baru

6c15684c6aa2ab0200520f2a8fa989fd.jpg=s660


Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melantik Abdul Jalil Abdul Rasheed sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru kumpulan itu berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan BCorp berkata mandat Abdul Jalil ialah meneliti semula struktur korporat kumpulan itu, mengoptimumkan kewangan dan sumber manusia, meningkatkan sinergi dan kecekapan serta tadbir urus korporat dan ketelusan.

Dia turut diberi kepercayaan untuk menyelaraskan pelbagai perniagaan kumpulan bagi mewujudkan dan meningkatkan nilai pemegang saham serta mentransformasi BCorp sebagai sebuah organisasi yang berprestasi tinggi.

Sementara itu, Robin Tan Yeong Ching dilantik sebagai timbalan pengerusi eksekutif berkuat kuasa hari ini dan akan melepaskan jawatannya sebagai CEO kumpulan.

BCorp berkata Abdul Jalil akan bekerjasama dengan Pengerusi Eksekutif Vincent Tan dan Tan sebagai jawatankuasa eksekutif, untuk terlibat dalam semua proses membuat keputusan strategik dan merancang hala tuju perniagaan masa depan kumpulan tersebut.

Sebelum ini, Abdul Jalil merupakan Presiden dan CEO Kumpulan Permodalan Nasional Bhd.

Dia mempunyai 18 tahun pengalaman dalam pelaburan dan kepimpinan perniagaan, pernah berkhidmat di United Kingdom, Amerika Syarikat, Malaysia dan Singapura dengan firma pelaburan global, Aberdeen Standard Investments and Invesco Ltd.

Menurut BCorp selain pengalaman dalam pelaburan, Abdul Jalil turut mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat besar selain menerapkan keberkesanan dan kecemerlangan operasi.

- Bernama

 
Saham Bcorp melonjak 17 peratus susulan pelantikan Jalil Rasheed

06200a81f178894fd676280fe89c3a23.jpg


Saham-saham Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melonjak sebanyak 17 peratus susulan pelantikan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Permodalan Nasional Bhd (PNB), Abdul Jalil Abdul Rasheed sebagai CEO kumpulan baharunya.

Pada jam 11.25 pagi Rabu, saham-saham syarikat itu meningkat tiga sen kepada 21 sen, sekali gus menjadikannya antara 10 kaunter paling aktif di Bursa Malaysia.

Kira-kira 153.5 juta saham produk industri dan perkhidmatan itu saling berpindah tangan dalam sesi awal dagangan tersebut.

Pada Selasa, BCorp dalam kenyataannya berkata Abdul Jalil diberi mandat untuk meneliti semula struktur korporat BCorp, mengoptimumkan kewangan dan sumber manusia, meningkatkan sinergi dan kecekapan serta aspek tadbir urus korporat dan ketelusan.

Beliau juga diberi kepercayaan untuk memperkemas pelbagai perniagaan kumpulan bagi mewujudkan dan meningkatkan nilai pemegang saham serta mentransformasi BCorp sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi.

Abdul Jalil mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang pelaburan dan kepimpinan perniagaan selain pernah berkhidmat di United Kingdom, Amerika Syarikat, Malaysia dan Singapura dengan firma pelaburan global, Aberdeen Standard Investments and Invesco Ltd.

- Bernama

 
Berjaya Corp appoints Jalil Rasheed as new Group CEO
1079632.jpg

KUALA LUMPUR:
chart.png
Bhd has appointed Abdul Jalil Abdul Rasheed, the former boss at Permodalan Nasional Bhd, as its new chief executive officer effective today.

He is the first "non-family" member to run Tan Sri Vincent Tan's sprawling business empire.

Jalil, 38, will take over the post from Datuk Sri Robin Tan Yeong Ching, who will assume the role of executive deputy chairman of BCorp.

"Going forward, the new Group CEO will be working together with BCorp executive chairman Tan Sri Vincent Tan and Robin Tan as an executive committee, who together with the contributions of the Board members will be involved in all strategic decision making and planning the future business direction of the BCorp Group," the company said in a statement today.

Jalil brings with him 18 years of investment and business leadership experience, having worked in the UK, USA, Malaysia and Singapore with the global investment firms, Aberdeen Standard Investments and Invesco Limited.

BCorp said Jalil’s mandate will be to re-look at BCorp’s corporate structure, optimize financial and human resources, improve synergies and efficiency, enhance corporate governance and transparency, streamline the various Group businesses to create and enhance shareholder value and to transform BCorp into a high performing organisation.

“I’m delighted to be joining BCorp as Group CEO, after several months of discussion with Tan Sri Vincent Tan," Jalil said.

"We both agree that the Group is very undervalued, and has many good assets that can be optimized and realized to enhance value for shareholders," he added.
 
Back
Top
Log in Register