BTC USD 83,509.9 Gold USD 4,114.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CEO PNB Jalil Rasheed letak jawatan

GamezStar

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
67,218
Top Poster #1
Joined
Jul 1, 2008
Messages
67,218
Reaction score
7,854
Points
881
CEO PNB Jalil Rasheed letak jawatan
By
Wartawan MalaysiaGazette
-
15 June 2020

MGF18122019_KEMAS-KINI-4Q2019-DAN-PENGUMUMAN-ASB_32-681x454.jpg
Abdul Jalil Rasheed
KUALA LUMPUR – Selepas lapan bulan dilantik menerajui Permodalan Nasional Berhad (PNB), Abdul Jalil Rasheed melepaskan jawatannya hari ini.
Sumber MalaysiaGazette memberitahu, surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Lembaga Pengarah PNB.


Peletakan jawatan beliau itu dipercayai ada kaitan dengan isu kelayakan akademiknya dalam pelantikan beliau untuk menduduki kerusi nombor satu PNB.
Berdasarkan maklumat profail PNB, Jalil merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) dalam perakaunan dan kewangan dari London School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom.

Bagaimanapun, difahamkan, Jalil disahkan telah mengikuti pengajian sebagai penuntut luar dan lulus pengajian di University of London (UoL) dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kelas ketiga kepujian dalam Perakaunan dan Kewangan pada 1 Ogos 2003.
Dalam sijil tersebut tertera UoL adalah sekutu dengan London School of Economics and Political Science (LSE).
Jalil difahamkan telah dipanggil oleh Suruhanjaya Sekuriti pada 11 Jun lalu berhubung isu ini.
Beliau dilantik menerajui institusi pelaburan terbesar negara pada 1 Oktober lalu, menggantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Abdul Rahman meninggalkan PNB tanpa dimaklumkan sebarang sebab, selepas peletakan jawatan Tan Sri Abdul Wahid Omar selaku Pengerusi PNB.


Namun, peletakan jawatan Abdul Wahid dan Abdul Rahman itu dipercayai ada kaitan dengan perubahan tampuk pentadbiran negara yang ketika itu dikuasai oleh Pakatan Harapan.
Pelantikan Jalil sebelum ini menjadi tanda tanya kerana beliau tidak dikenali dalam kalangan korporat tempatan.
Namun, Pengerusi PNB, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memaklumkan kepada media pelantikan Jalil dibuat melalui proses yang ketat dan telus.


Setakat berita ini ditulis, PNB masih belum membuat sebarang pengumuman walaupun isu kelayakan akademik Jalil menjadi berita hangat sejak Jumaat lalu.
Bagaimanapun, MalaysiaGazette difahamkan peletakan jawatan oleh Jalil akan dimaklumkan kepada Yayasan Pelaburan Bumiputera, pemilik PNB sebelum sebarang pengumuman pengesahan dibuat. – MalaysiaGazette
 
CEO PNB Letak Jawatan, Dakwa Terima "Gangguan"

15.06.2020 - Kuala Lumpur, Jalil Rasheed dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkuat kuasa hari ini.

Memetik sumber, Focus Malaysia melaporkan teraju syarikat pengurusan aset terbesar di Malaysia itu telah menghantar surat rasmi.

Pengumuman rasmi dijangka dibuat tidak lama lagi.

Portal itu juga juga melaporkan Jalil memberitahu kakitangan PNB hari ini bahawa beliau mendapat gangguan semasa menjawat jawatan itu.

Perkara itu, katanya, termasuk panggilan kecaman daripada nombor tidak dikenali, e-mel korporat dan profil di perkhidmatan jaringan profesional LinkedIn digodam.

“Perkara ini membuatkan saya semakin bimbang tentang keluarga saya,” beliau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu The Edge melaporkan Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Ahmad Zulqarnain Onn (bawah) menjadi seorang daripada calon yang dipertimbangkan sebagai pengganti Jalil.

Sebelum ini terdapat pihak mendakwa wujud ura-ura mengetepikan Jalil.

Jalil - yang turut bertugas sebagai presiden PNB - dilantik ke jawatan tersebut oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Jalil, 38, merupakan tokoh termuda dilantik sebagai CEO dalam sejarah PNB dan mula bertugas pada Oktober tahun lalu.

Sesetengah pihak mendakwa wujud keraguan berkaitan kelayakan akademik Jalil.

Wartawan veteran dan bekas penasihat media perdana menteri, A Kadir Jasin semalam mendakwa kerajaan Perikatan Nasional menggunakan isu itu untuk mengetepikan Jalil.

“Jalil sebelum ini membongkar kekotoran era BN, termasuk perjanjian yang tidak menguntungkan PNB dan pemegang saham bumiputera," tulisnya

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/530333
 
1592229904952.png



KUALA LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Abdul Jalil Rasheed dipercayai telah dipanggil oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) baru-baru ini berhubung kelayakan akademiknya.

Difahamkan Jalil dikehendaki memberi penjelasan tentang kemusykilan berhubung kelayakan akademiknya yang dijadikan maklumat profail sebagai pengurusan tertinggi di PNB dan anak-anak syarikat PNB.
MalaysiaGazette juga difahamkan pertemuan SC dan Abdul Jalil itu berlangsung pada 11 Jun lalu.

Dipercayai rentetan daripada itu, Lembaga Pengarah PNB akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan kedudukan Abdul Jalil dan sumber terdekat MalaysiaGazette memberitahu beliau kini telah ‘dibekukan’ daripada menjalani tugas.

PNB adalah institusi pelaburan terbesar di Malaysia yang menguruskan Amanah Saham Nasional Berhad dan memiliki beratus-ratus pelaburan dalam syarikat-syarikat tempatan dan multinasional.
Antaranya Malayan Banking Berhad, Sime Darby Berhad, MNRB Holdings Berhad dan UMW Holdings Berhad.

Berdasarkan maklumat profail PNB, Jalil merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) dalam perakaunan dan kewangan dari London School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom.
Kenyataan itu adalah sama sebagaimana siaran media mengenai pelantikan Jalil sebagai peneraju baharu PNB pada 28 Ogos 2019.

Maklumat yang sama turut dinyatakan dalam profail Jalil sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Prolintas dan Sapura Energy Berhad.

Bagaimanapun, difahamkan, Jalil disahkan telah mengikuti pengajian sebagai penuntut luar dan lulus pengajian di University of London (UoL) dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kelas ketiga kepujian dalam Perakaunan dan Kewangan pada 1 Ogos 2003.

petikan-pnb-jalilrasheed.jpg

Nota: Pelantikan Abdul Jalil Rasheed sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif PNB pada 2019 lalu pernah dipertikaikan beberapa pihak yang mendakwa beliau adalah cucu saudara kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pelantikannya disifatkan sebagai lantikan politik yang tidak berkaliber.

Dalam sijil tersebut tertera UoL adalah sekutu dengan London School of Economics and Political Science (LSE).

Jalil memperoleh ijazah tersebut selepas mendapat Diploma Ekonomi di universiti yang sama pada 1 Ogos 2001.

Malah, profail akademik dalam biografinya di Invesco turut menyatakan beliau mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perakaunan dan Kewangan, LSE.

Daripada maklumat laman web LSE menyatakan sekolah tersebut menyediakan hala tuju peringkat ijazah dan diploma bagi kursus-kursus ekonomi, pengurusan kewangan dan sains sosial bagi penuntut-penuntutnya.

Bagaimanapun, penuntut-penuntut yang mendaftarkan diri untuk program tersebut dengan UoL, mereka akan dianugerahkan dengan ijazah UoL apabila tamat pengajian masing-masing.

Jalil dilantik menerajui PNB pada 1 Oktober 2019 selepas khidmat Datuk Abdul Rahman Ahmad dihentikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Pelantikan Jalil pada awalnya menjadi tanda tanya kerana pertama beliau tidak dikenali.

Sebelum dilantik menerajui PNB, Jalil merupakan Ketua Pegawai Eksekutif operasi Asia Selatan di syarikat Invesco, sebuah firma pelaburan global utama.

Syarikat pelaburan ini mengurus lebih AS$1.2 trilion (RM5.05 trilion) dalam pelbagai kelas aset pelaburan di lebih 25 negara.

Malah, Tun Dr Mahathir Mohamad juga ketika ditanya mengenai pelantikan itu memaklumkan beliau tidak tahu menahu dan tidak dimaklumkan oleh Pengerusi PNB, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz megenai perkara tersebut.

“PNB di bawah Zeti. Zeti tidak maklumkan kepada saya pun,” kata Dr Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB).
YPB adalah pemilik PNB.

Namun, Zeti mengesahkan Dr Mahathir tahu mengenai pelantikan Jalil.

Pengerusi PNB itu berkata, keputusan untuk melantik Jalil dibuat secara muafakat dan melalui proses yang sangat ketat dan telus.

“Tidak benar (PM tidak tahu mengenai pelantikan Jalil). PNB menggunapakai proses urus tadbir sangat ketat dan teliti bermula dari proses pencalonan lagi.

“Kami membentangkan (nama calon) kepada ahli lembaga pengarah dan sebelum membentangkannya kepada Yayasan Pelaburan Bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri,” katanya.
Tegas Zeti lagi, pelantikan Jalil turut mendapat kelulusan SC.
 
Saya Pilih Jalan Sukar Untuk Letak Jawatan - Bekas CEO PNB

15.06.2020 - Kuala Lumpur, Bekas presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Abdul Jalil Rasheed berkata beliau memilih "jalan sukar" untuk melepaskan jawatan, sambil pada masa sama perlu berperang dengan hati nuraninya sendiri.

Beliau berkata demikian semasa sesi townhall dengan kakitangan PNB bagi menjelaskan peletakan jawatannya hari ini.

Salinan ucapan itu turut dihantar melalui e-mel kepada kakitangan PNB.

"Ketika saya mengambil peranan ini, saya mengatakan pada diri sendiri bahawa saya tidak akan pernah goyah dalam prinsip saya dalam menjalankan tugas.

"Sering kali, membuat keputusan yang tepat dibebani kesulitan dan sebahagiannya tidak popular.

"Jalan yang mudah adalah dengan terus menikmati keistimewaan di pejabat, sambil berperang dengan hati nurani kamu sendiri.

"Saya selalu percaya bahawa tidak ada individu yang lebih besar daripada institusi. Saya tidak berniat menyeret PNB dalam (isu) ini.

"PNB mesti dilindungi dengan segala cara. Oleh itu, saya telah memilih jalan yang sukar, sendirian, yang menghancurkan saya dan keluarga," katanya tanpa mengulas lanjut.

Dalam ucapannya, Abdul Jalil turut mendedahkan bahawa beliau menghadapi gangguan semasa memegang jawatan sebagai CEO dan presiden kumpulan PNB.

"Paling keterlaluan bagi saya adalah gangguan yang harus saya alami akibat panggilan dari nombor yang tidak dikenali, akaun e-mel korporat saya dan profil LinkedIn saya digodam.

"Ini membuatkan saya semakin bimbang tentang kesejahteraan keluarga saya.

"Pada akhirnya, saya memutuskan bahawa tidak adil bagi keluarga saya sekiranya masalah ini berterusan.

"Keluarga saya membuat pengorbanan yang besar, juga dari segi kewangan untuk berpindah kembali ke KL dari Singapura kerana saya benar-benar ingin menyumbang kepada pembangunan negara.

"Saya kecewa ini harus berakhir secara tiba-tiba," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Jalil, dalam ucapan perpisahannya, mengatakan beliau tidak menyesali keputusannya menyertai PNB.

"Sembilan bulan kebelakangan ini merupakan penghargaan kepada saya. Saya belajar banyak dan berpeluang mengenali anda semua dengan lebih baik.

"Anda semua telah menyambut, menunjukkan saya keramahan yang hebat dan dedikasi dan keinginan yang tulus untuk menjadikan PNB tempat yang lebih baik," katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/530360
 
Mustahil Tun taktau cucu sedara dia nk kena lantik..

Makin merapu la Tun

Kronisme palatau aihh..

Semua nk balun kt kaum kerabat dia..

Pala bana..hilang respek aku..

Cucu pun nk bg....

Tu pu. Ckp Melayu malas..

Cucu hang lg malas...
 
Pemegang Saham PNB Di Minta Tidak Bimbang Perubahan Teraju

15.06.2020 - Kuala Lumpur, emegang saham Permodalan Nasional Bhd (PNB) digesa untuk tidak bimbang mengenai perubahan teraju di dana institusi itu berikutan ia telah mencapai standard profesionalisme yang tinggi hingga kini.

Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School (PBS) berkata pasukan pengurusan PNB pada masa ini adalah berkebolehan dalam memastikan kemampanannya dan sumbangan PNB kepada pemegang saham dan negara yang berterusan pada masa depan.

Katanya beliau yakin Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan (PGCE) yang baharu akan memberikan kestabilan yang lebih baik kepada syarikat berikutan negara masih pulih daripada kelembapan ekonomi berikutan pandemik COVID-19.

“Sebagai antara syarikat pengurusan dana yang terbesar di Malaysia, kepimpinan yang kukuh daripada atasan perlu untuk melaksanakan strategi pelaburan syarikat untuk tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai peletakan jawatan Abdul Jalil Abdul Rasheed sebagai PGCE PNB berkuat kuasa hari ini.

Berita mengenai PGCE termuda PNB dijangka meninggalkan PNB telah tersebar dalam pasaran sejak akhir minggu lepas, dengan mesyuarat Lembaga Pengarah PNB dijangka diadakan untuk membincangkan perkara itu.

Laporan berita memetik sumber sebagai berkata antara alasannya ialah berkaitan isu-isu berhubung pelantikan Jalil sebagai PGCE pada Oktober lepas.

Dalam kenyataan hari ini, PNB mengesahkan bahawa ia telah menerima peletakan jawatan Abdul Jalil sebagai PGCE syarikat itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zulqarnain Onn, yang kini merupakan Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad disebut-sebut akan dilantik untuk jawatan tersebut.

Kira-kira sebulan lepas, Ahmed Razman berkata PNB telah melancarkan pelan strategik terkininya untuk tahun 2020-2022 dinamakan 'Fokus 4' yang menggariskan kepelbagaian, penciptaan nilai, pengurusan risiko dan transformasi organisasi selain bersedia untuk cabaran masa depan dan landskap pasaran yang berkembang.

“Oleh itu, mana-mana pengganti kepada PGCE hanya perlu memastikan bahawa pelan strategik ini diteruskan dan dilaksanakan tanpa perlu mempunyai yang baharu.

“Jika PGCE yang baharu dilantik daripada pengurusan atasan PNB, ia akan memberikan kestabilan yang lebih baik kepada organisasi, apa yang diperlukan dalam tempoh tidak menentu ini," katanya.

Dalam laporan berita berasingan, wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin mendakwa Jalil telah diminta ‘berundur’ atas alasan kekeliruan tentang kelayakan akademiknya.

Jalil menggantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad sebagai PGCE PNB pada Oktober tahun lepas.

Dalam kenyataan mengumumkan pelantikan Jalil, PNB berkata langkah itu sejajar dengan ‘hasrat kerajaan untuk memanfaatkan bakat Malaysia yang bekerja di luar negara dan ia juga seiring dengan inisiatif strategik PNB untuk mempelbagaikan aset di peringkat global’.

Sementara itu, dalam notanya hari ini, Jalil mengucapkan terima kasih kepada pasukan kepimpinan PNB kerana menyokong inisiatifnya.

“Saya telah berusaha untuk menjadi inklusif dan memperluaskan proses membuat keputusan. Saya meminta maaf kerana saya tidak dapat melihatnya dengan anda hingga akhir. Teruskan inisiatif anda dan berikan PGCE yang baharu sokongan yang sama yang anda berikan kepada saya,” tulisnya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/530374
 
Mustahil Tun taktau cucu sedara dia nk kena lantik..

Makin merapu la Tun

Kronisme palatau aihh..

Semua nk balun kt kaum kerabat dia..

Pala bana..hilang respek aku..

Cucu pun nk bg....

Tu pu. Ckp Melayu malas..

Cucu hang lg malas...
Depa xpa jgn org lain buat, ahli politik Malaysia mcm tu la....
 
Family mahathir ni ramai yg main saham, adanya si jalil ni dlm pnb, boleh guna utk control bursa saham ....... Aku rasa cara ni depa buat duit
 
Back
Top
Log in Register