BTC USD 82,775.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CEO PNB Jalil Rasheed letak jawatan

geli pulak hati ni bila mahathir kata dia tak tau cucu sedara dilantik ceo pnb.. zeti tu pun cover line la sikit.. hahaha

kalau ph tak tumbang, kita semua tak ambil tau pun dari mn dtgnya ceo pnb ni.. maka benarlah mahathir tgh struggle menyelamatkat legasi dia, anak dan cucu2nya... hehe

rakyat dh boleh sedia ikat perut utk naikkan semula mahathir sbg pm9.. hidup mahathir!!

tp abang kai ckp, atuk mane penah lupa
 
Bukan senang ooo nak keja GLC...even 2nd class lower pun blum tentu bleh masuk...
 
Mustahil Tun taktau cucu sedara dia nk kena lantik..

Makin merapu la Tun

Kronisme palatau aihh..

Semua nk balun kt kaum kerabat dia..

Pala bana..hilang respek aku..

Cucu pun nk bg....

Tu pu. Ckp Melayu malas..

Cucu hang lg malas...

Oo ada pertalian darah rupanya ...
tu yg aku heran masa dia ni dilantik ceo aku tgk umor dia muda betol baru 38 ja dah jd ceo...boleh ke ko nk lead dlm company yg besar tu...jadi AVP,VP kat dlm department pun dah serabut,ni nk jd ceo dlm usia muda...umo2 cengini slalunye executive okla

Saya secara jujur dan sangat NAIF ingat dia ni mungkin lah betul2 "gifted". Baru hari ni tau rupa2 nya nepotisme jugak sebab dapat jawatan dekat jabatan perlaburan terbesar di negara kita ini : (
 
tuan tread pun lari ntah kemana..

beliau sangat menyanjungi madey anak beranak sebab mereka sangat rajin berbanding melayu lain..
 
hmmm. harap2 dividen asb tahun-tahun mendatang kembali pulih
 
Gangguan Panggilan, MCMC Nasihat Bekas CEO PNB Buat Laporan

16.06.2020 - Cyberjaya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Abdul Jalil Abdul Rasheed, supaya membuat laporan kepada pihak polis dan suruhanjaya itu, berhubung dakwaan gangguan panggilan daripada nombor tidak dikenali yang diterimanya.

MCMC dalam kenyataan hari ini menyatakan, mereka memandang serius perkara berkenaan serta dakwaan berlakunya penggodaman ke atas akaun e-mel korporat dan profil LinkedIn milik Abdul Jalil.

“Sehubungan itu, beliau dinasihatkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC, untuk penelitian serta siasatan lanjut,” kata MCMC.

Abdul Jalil meletakkan jawatan sebagai CEO dan presiden kumpulan PNB semalam, dan menerusi pendedahan di akaun Twitter miliknya, beliau mendakwa menerima ugutan dan serangan peribadi, sejak minggu lalu.

Abdul Jalil mendakwa menerima panggilan telefon menggunakan bahasa kesat daripada nombor peribadi, dan akaun LinkedIn turut digodam.

f53957d20227fab891a3a53c84ebdf975e60e6d6b01ad


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1851842
 
FB_IMG_1592323788413.jpg

​
Betul. Dia patut lapor SKMM jika diganggu netizens sehingga dia terpaksa letak jawatan.

Jangan mengalah kepada netizens.

(Saya faham dilema dia kerana saya juga dikecam netizens selama bertahun-tahun tapi saya OK. )

Pengerusi PNB juga perlu buka mulut untuk pertahankan dia.

Najib Razak
 
isu sijil ni... sijil tipu ke ape ?

macam ambik diploma kat kolej YPC. tapi uitm yang keluarkan diploma tu. kolej bersekutu. bagi aku ok je. yang orang pertikai 3rd class degree jadi presiden dan ceo sekali
 
Back
Top
Log in Register