BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CEO Apple gaji tertinggi

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
NEW YORK 22 Mei - Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook mengungguli senarai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Amerika Syarikat (AS) dengan menerima gaji paling tinggi pada tahun lalu.

Saham Apple menjadi pilihan yang meletakkannya mengatasi pencabar terdekatnya lebih AS$300 juta (RM937 juta).

Kaji selidik oleh Wall Street Journal, semalam mendapati Cook yang menerajui pembuatan iPhone dan iPad pada Ogos tahun lalu, dua bulan sebelum kematian pengasas Apple, Steve Jobs memperolehi pendapatan tahunan keseluruhan berjumlah AS$378 juta (RM1.1 bilion).

Beliau memperolehi sebanyak AS$900,000 (RM2.8 juta) untuk gaji tahunannya dan AS$900,000 lagi untuk insentif tahunan.

Namun, dia mengaut sehingga AS$376 juta (RM1.1 bilion) dalam bentuk geran saham terhad berdasarkan harga saham Apple pada ketika itu.

Ketua Oracle, Larry Ellison yang juga merupakan syarikat gergasi di Lembah Silikon berada di tempat kedua, kurang lima kali ganda berbanding pendapatan Cook iaitu sebanyak AS$76 juta (RM237 juta).

Kajian yang dikendalikan oleh Hay Group untuk majalah itu meliputi 300 syarikat besar di AS berdasarkan pendapatan yang diperolehi.

Ketua Penyiaran Televisyen CBS, Leslie Moonves menduduki tempat ketiga dengan gaji sebanyak AS$69 juta (RM215 juta) diikuti Ketua Eksekutif JCPenney, Ronald Johnson dengan pendapatan sebanyak AS$53 juta (RM165 juta).

Ketua Motorola Mobility, Sanjay Jha pula di tempat kelima dengan gaji sebanyak AS$47 juta (RM146 juta) diikuti ketua kumpulan Citigroup, Viacom, Motorola Solutions, Walt Disney, dan Ford Motor yang meraih gaji purata AS$29 juta (RM89.9 juta). - AFP
 
banyak gilerrr gaji dia...
 
AS900,000 setahun? mak aiiii siap another AS900,000 lagi untuk insentif tahunan..makan 10 tahun pon tak abis ni..
 
Artikel macam haram....

Gaji baru USD900k

Saham tu tak payah cerita la, itu hal lain.

Kalau ikut gaji, kira biasa je tu USD900k untuk CEO kalau kat US.

Malaysia ni pun banyak CEO gaji lagi mahal.
 
Us900,000 je setahun... Silap ni, sebulan kot...
 
Back
Top
Log in Register