BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cemburu, lelaki mati dipukul

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Pergaduhan yang dikatakan berpunca daripada seorang wanita yang menduakan teman lelakinya, menyebabkan seorang lelaki mati akibat dipukul dalam pergaduhan di Bayan Lepas, awal hari ini.

Dalam kejadian itu, Wan Ahmad Faizal Wan Abdul Rahman, 33, dan seorang rakannya diserang sekumpulan sepuluh lelaki menggunakan topi keledar berhampiran sebuah pusat membeli-belah.

Penjual aiskrim yang cedera di kepala itu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan mati pada pukul 9.20 pagi ini - lebih tiga jam selepas diserang kumpulan lelaki terbabit.

Rakannya, yang juga cedera di kepada dan badan, membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Lai Fah Hin berkata lima lelaki ditahan antara pukul 8 pagi hingga 4 petang ini bagi membantu siasatan kes itu dan polis kini mencari rakan mereka yang lain.

Kejadian itu mungkin bermotifkan cemburu, katanya.

Lai berkata siasatan awal polis mendapati Wan Ahmad Faizal bergaduh dengan teman wanitanya kerana mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan ia membawa kepada pergaduhan antara kumpulan mangsa dan satu lagi kumpulan lain yang diketuai lelaki itu pada kira-kira pukul 5.40 pagi. BERNAMA
 
Jam 5.40 pagi...serangan suboh lagi
 
hu hu zalim sungguh ..ada juga mangkok ayon mcm nie..pasal perempuan pun nk gaduh..hu hu
 
lawa sangat ke pompuan tu sampai nak berbunuh2.. aparaaa...
 
wah,.,mesti puah ati perempuan tu kan...
 
betul2 serangan ni smpi ninggal...pe la prasaan pmpuan tsebut ye :-?
 
Back
Top
Log in Register