TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Kota Kinabalu: Beberapa pekerja di sebuah bank gempar seketika selepas terdengar bunyi dentuman kuat menyebabkan pintu kaca utama bank berkenaan retak dalam kejadian di Jalan Gaya, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian pada jam 5.50 petang itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan ia hanya membabitkan pintu kaca bank berkenaan yang retak dipercayai akibat masalah teknikal alat penggera bank tersebut.
Seorang pengawal keselamatan bank berkenaan yang mahu dikenali sebagai Epi, 23, berkata, ketika kejadian di sedang membuat rondaan di luar bangunan terbabit.
"Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dan jeritan beberapa pekerja di dalam bank berkenaan.
"Saya terus berlari melihat keadaan itu dan mendapati pintu kaca utama bank berkenaan retak.
Menurutnya, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pengurus bank sebelum menghubungi pihak polis.
http://www.hmetro.com.my/articles/Cemaspintubankmeletup/Article?mutakhir