balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
PETALING JAYA – Beberapa penumpang sebuah bas Rapid KL berdepan detik mencemaskan apabila bas dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tropicana Selatan dekat sini, semalam.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Mustada Silong berkata, seramai lima anggotanya dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 7.33 pagi.
Menurutnya, sejurus tiba di lokasi, bas tersebut terbakar keseluruhan.
“Bas tersebut berhenti selepas menyedari asap tebal dari bahagian enjin di belakang.
“Mujur ketika itu, kira-kira 20 penumpang dan pemandu sempat menyelamatkan diri,” katanya.
Beliau berkata, bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk memastikan operasi tamat sepenuhnya.
Katanya, kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Dalam kejadian berasingan, tiga pelajar berusia 18 tahun cedera selepas disengat tebuan ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Broga, Semenyih, semalam.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Saruddin Hashim ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kejadian kira-kira jam 10.26 pagi berlaku ketika mangsa bersama empat lagi rakannya mendaki bukit tersebut sebagai aktiviti bagi memenuhi waktu cuti.
Bagaimanapun, tiba-tiba mangsa diserang kumpulan lebah sebelum bertindak menghubungi pihak bomba.
“Kita yang terima panggilan kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan operasi mengambil masa kira-kira dua jam untuk membawa turun mangsa.
“Mangsa yang merupakan pelajar di sebuah kolej di Utara semenanjung, mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki segera dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/cemas-bas-dinaiki-terbakar-1.450569