BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Cemana Boleh No Plat TTB?

crood

Banned
Messages
792
Joined
Mar 23, 2016
Messages
792
Reaction score
0
Points
10
delete.png


Seperti soalan aku kat atas. Kenapa cepat sangat sampai TTB? Ada penjelasan tak? Cepat sangat ke no plat kat terengganu ni?
 
Bersempena dengan pemerintahan MB .... Tranformasi terengganu baharu... Maka wujudlah TTB
 
sempena pelancaran Tranformasi Terengganu Baru (TTB), MB kata kita keluar dulu TTB....hahaha
 
Last edited:
delete.png


Seperti soalan aku kat atas. Kenapa cepat sangat sampai TTB? Ada penjelasan tak? Cepat sangat ke no plat kat terengganu ni?

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia kerana meluluskan permohonan kerajaan Terengganu untuk penggunaan nombor pendaftaran kenderaan TTB bagi rakyat negeri ini.

Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini telah meluluskan siri nombor pendaftaran TTB untuk dikeluarkan lebih awal bagi urusan tempahan dan pendaftaran mendahului siri nombor pendaftaran bagi Negeri Terengganu.

Ianya selaras dengan slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ yang diperkenalkan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Ahmad Razif.

“Terima kasih kepada pihak JPJ Malaysia, terutama kepada Menteri Pengangkutan dan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia kerana telah meluluskan permohonan kerajaan negeri supaya dapat dikeluarkan plat TTB, walaupun kita difahamkan plat TTB ini sepatutnya dikeluarkan 60 tahun akan datang.

“Insyaallah, dalam masa terdekat plat TTB ini akan dikeluarkan oleh pihak JPJ,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.


sumber : http://teganukita.my/nombor-pendaftaran-ttb-bagi-rakyat-terengganu/
 
spesel kes. kerajaan ganu mintak kat jpj untuk release plat ttb awal. tbb tu pulak jadi singkatan kepada "transformasi terengganu baharu", slogan yang mb mat razif dok war2.
 
rasa takde makna pun
ramai tak tahu kenapa dari TBS terus TTB
 
Back
Top
Log in Register