missbumblebee
Permanently Banned - Multiple ID
- Messages
- 3,639
- Joined
- Jun 24, 2009
- Messages
- 3,639
- Reaction score
- 19
- Points
- 25
PUTRAJAYA - Perbuatan mencelup ayam dalam cairan pewarna bagi tujuan menipu pengguna kononnya itu ayam kampung adalah salah di sisi undang-undang, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
"Setakat ini pewarna yang dikesan tidak menjejaskan kesihatan dan diguna oleh industri makanan lain. Tetapi ini tidak bermakna mereka boleh guna pewarna itu untuk menipu pengguna,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang menyebut ada segelintir peniaga ayam bertindak mencelup daging ayam ternak dalam cairan pewarna kuning, dipercayai anilina, agar ayam itu menyerupai ayam kampung.
Mengulas lanjut, Dr. Subramaniam berkata kementeriannya akan terus mengambil sampel ayam untuk siasatan lanjut.
Setakat ini sampel positif ialah sampel yang diambil di sekitar Selangor dan Pulau Pinang, katanya. - Bernama
