BTC USD 83,196.9 Gold USD 4,258.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telco CelcomDigi Percepat Integrasi Rangkaian, Capai 30% Tahun Ini

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,615
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,615
Reaction score
7,745
Points
916
30.11.2023 - CelcomDigi Bhd merancang untuk mempercepatkan integrasi rangkaian Celcom dan Digi berikutan syarikat ke arah mencapai integrasi sebanyak 30 peratus akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata integrasi dan pemodenan telah mencapai lebih 4,400 tapak setakat Oktober, iaitu sekitar 80 peratus daripada sasaran. Dalam pelan integrasi rangkaian CelcomDigi, sebanyak 30 peratus akan dilaksanakan tahun ini, 40 peratus tahun depan, manakala 30 peratus pada 2025.

“Kami berada di landasan untuk mencapai sasaran pada tahun ini. Sebenarnya, kami cuba membawa ke hadapan beberapa penyepaduan daripada tahun hadapan kepada tahun ini kerana kami mempunyai kapasiti tambahan untuk mencapai jumlah yang lebih tinggi untuk tahun ini,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran pelan Postpaid 5G CelcomDigi.

Enam pelan pascabayar baharu itu akan tersedia mulai esok dan lengkap dengan akses internet 5G dan 4G yang dilengkapi dengan faedah tambahan untuk memenuhi keperluan ketersambungan pelanggan yang berbeza. Dalam pada itu, prospek pasaran telekomunikasi tahun depan bakal dipacu oleh tawaran lebih meluas rangkaian 5G, dengan jangkaan penganalisis pertumbuhan antara dua hingga tiga peratus.

“Dengan apa yang sedang berlaku terhadap ekonomi dan pertumbuhan KDNK, industri telekomunikasi tidak semestinya mengikut pertumbuhan KDNK. Jika anda lihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini pertumbuhan pasaran berada pada lingkungan satu digit yang rendah, hampir mendatar. Kami menantikan 5G yang telah tersedia dan kemudian pakej baharu yang kami perkenalkan, untuk memberikan keterujaan dalam pasaran,” jelas beliau.

Mengulas mengenai perjanjian langganan saham (SSA) dengan Digital Nasional Bhd (DNB), Datuk Idham berkata syarikat sentiasa bekerjasama dengan kerajaan dan bersedia untuk teruskan kerjasama apabila SSA telah dimuktamadkan akan datang.​

1701341338715.png
 
CelcomDigi Mengatakan Usaha Pemodenan Rangkaian Kini Telah Melangkaui 50%

CelcomDigi
kini berkongsi perkembangan berkenaan dengan usaha pemodenan dan pengintegrasian rangkaian mereka, menyatakan kini ia telah melangkaui kadar 50% – sekaligus memperlihatkan angka berkenaan dicapai lebih awal daripada jangkaan.

CelcomDigi-5G-950x537.jpg.webp


Sebelum ini, CelcomDigi menyasarkan usaha pemodenan dan integrasi rangkaian dijangka mengambil masa sekitar tiga tahun. Dengan kadar naik-taraf yang kini berlaku dengan lebih pantas, CelcomDigi menyasarkan untuk mencapai kadar 75% naik-taraf rangkaian menjelang penghujung 2024 kelak. CelcomDigi menyatakan perkara ini akan membuatkan mereka mempunyai rangkaian infrastruktur yang paling moden di Malaysia, sekaligus turut memposisikan mereka sebagai antara syarikat yang berupaya membangunkan rangkaian kedua 5G di Malaysia.

Pihak CelcomDigi pernah berkongsi menyatakan usaha integrasi rangkaian antara Celcom dan Digi hasil pergabungan, disamping usaha pemodenan rangkaian ini membawa kepada kadar kelajuan rangkaian yang lebih tinggi, selain kekuatan liputan rangkaian yang lebih dipertingkatkan. Kita mungkin akan melihat integrasi menyeluruh rangkaian Celcom dan Digi, termasuk pemodenan rangkaian ini mencapai 100% pada awal 2025 kelak.​
 
Digi sejak gabung ngn celcom nie line bnyk jd semut ooo
 
Back
Top
Log in Register